Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
1. Mengapakah buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan diterbitkan?
1 Adakah anda suka mempelajari buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan semasa Pembelajaran Bible Sidang? Surat daripada Badan Pimpinan kepada semua yang mengasihi Yehuwa berakhir dengan kata-kata ini: “Semoga buku ini membantu anda untuk mengamalkan kebenaran dalam kehidupan seharian anda. Dengan demikian, anda dapat terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan sementara menantikan hidup sejati dan kekal.’—Yudas 21.”
2. Apakah aspek-aspek kehidupan yang dibahas dalam buku ini?
2 Apa yang Menantikan Kita: Bagaimanakah prinsip Bible dapat diterapkan dalam aspek pergaulan, hiburan, hormat terhadap kekuasaan, tabiat peribadi, perkahwinan, pertuturan, dan adat resam? Hati nurani kita akan dibentuk berdasarkan piawaian yang tinggi dalam Firman Tuhan. (Mzm. 19:8, 9) Seraya kita memahami cara Yehuwa berfikir, keinginan untuk menyenangkan hati-Nya akan bertambah, lalu kita akan didorong untuk mematuhi-Nya dalam semua aspek kehidupan.—Ams. 27:11; 1 Yoh. 5:3.
3. Mengapakah kita patut berusaha sebaik-baiknya untuk mengambil bahagian dalam perbincangan setiap minggu?
3 Bertekadlah untuk Mengambil Bahagian: Semasa anda membuat persediaan, bertekadlah untuk memuji Tuhan dalam kalangan umat-Nya. (Ibr. 13:15) Seluruh sidang akan bersama-sama membincangkan buku ini. Apabila kita membuat persediaan yang baik dan memberikan komen yang ringkas dan tepat, kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Dengan demikian, perbincangan kita akan lebih bersemangat dan bermakna. (Ibr. 10:24) Selain itu, perasaan sukacita kita akan bertambah apabila kita masing-masing memberikan komen yang mencerminkan iman kita.
4. Mengapakah sangat penting bagi kita untuk mematuhi perintah Yehuwa?
4 Pada malam terakhir sebelum Yesus meninggal, dia menjelaskan bahawa kita perlu mematuhi perintah Yehuwa agar dapat tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan. (Yoh. 15:10) Buku Kasih Tuhan akan membantu kita memupuk azam yang membara untuk menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian dan terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan.’—Yud. 21.