PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/13 ms. 3-4
  • Menginjil pada Masa yang Susah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menginjil pada Masa yang Susah
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Tajuk Kecil
  • yb12-E ms. 72, per. 1-2
  • MENGINJIL DI DALAM PENJARA
  • yb12-E ms. 110
  • “Dia Bagaikan Sinaran Matahari”
  • WILHELM UHRE
  • yb12-E ms. 156, per. 1 hingga ms. 157, per. 1
  • MENANGKIS SERANGAN MEDIA YANG KEJI
  • yb12-E ms. 179, per. 3
Kerja Teokratik Kita—2013
km 2/13 ms. 3-4

Menginjil pada Masa yang Susah

yb12-E ms. 72, per. 1-2

MENGINJIL DI DALAM PENJARA

Dua orang saudari di India ditahan kerana menginjil dan dijatuhkan hukuman penjara lima hari. Seorang daripada mereka berkata, “Sebaik saja kami dipenjarakan, pegawai polis ingin tahu mengapa kami ditahan. Jadi, kami dapat memberikan kesaksian. Oleh sebab kami ditahan semasa menginjil, kami ada banyak majalah dan risalah. Kami menginjil kepada semua di balai polis dan menawarkan banyak bahan bacaan. Kami saling menggalakkan, berdoa, dan membaca bahan bacaan yang ada.”

“Kami kemudiannya dipindahkan ke penjara lain di bandar. Dengan serta-merta, banduan lain menanya kenapa kami dipenjarakan. Maka, kami berpeluang menginjil dan memberitahu mereka bahawa kami ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Seorang warden wanita terdengar perbualan kami dan berkata, ‘Kamu dipenjarakan kerana menginjil di luar, dan sekarang kamu pula menginjil di dalam penjara!’” Saudari kita sedang merancang untuk mengunjungi semula banduan yang menunjukkan minat terhadap kebenaran.

yb12-E ms. 110

“Dia Bagaikan Sinaran Matahari”

WILHELM UHRE

LAHIR 1901 DIBAPTIS 1949

PROFIL Seorang penginjil yang bersemangat biarpun menghidap penyakit otot yang melarat.

◼ WILHELM mempunyai penyakit otot yang melumpuhkan kakinya dan menyukarkannya untuk bercakap. Walau bagaimanapun, dia memberitahu orang lain tentang kebenaran yang dipelajarinya sebaik sahaja dia mendengar berita baik pada pertengahan 1930-an. Dia menggunakan basikal roda tiga yang bermotor semasa menginjil dan sering pergi ke pelabuhan Sortland di Vesterålen untuk mengedarkan bahan bacaan dan memainkan rakaman ceramah Bible daripada peti nyanyi. Oleh sebab Wilhelm lumpuh dan tinggal di tempat yang terpencil, dia hanya dibaptis pada 1949. Namun, dia menginjil dengan bersemangat di kawasan persisiran pantai. Ramai di sana mempelajari kebenaran daripadanya, dan ada yang menjadi Saksi-Saksi Yehuwa.

Apabila Wilhelm semakin tua, dia tinggal di sebuah rumah penjagaan di Tromsø. Dengan bantuan penyiar lain, dia terus menginjil melalui surat. Sifatnya yang periang dan mesra menggalakkan orang lain, termasuk kakitangan di rumah penjagaan. Semasa dia meninggal, pengurus di situ berkata, “Kami rasa gembira semasa melawatnya di bilik. Dia bagaikan sinaran matahari kerana imannya.”

yb12-E ms. 156, per. 1 hingga ms. 157, per. 1

MENANGKIS SERANGAN MEDIA YANG KEJI

Terutamanya antara tahun 1989 dan 1992, Saksi-Saksi Yehuwa di Norway menjadi sasaran sebuah kempen media. Surat khabar, majalah, TV, dan radio sering memburuk-burukkan mereka. Salah satu sebab utama adalah kerana kita mengikut perintah Bible untuk tidak bergaul dengan orang yang sudah disingkirkan. (1 Kor. 5:9-13; 2 Yoh. 10) Akibat kempen ini, Saksi-Saksi ditentang di kawasan penyebaran, tempat kerja, sekolah, dan rumah. Pengikut Yesus tidak hairan semasa mereka dihina, namun situasinya sukar dihadapi.—Mat. 5:11, 12.

Seorang saudara berkata, “Masa ini amat susah, tapi ada juga manfaatnya. Saya berpeluang mengkaji semula prinsip Bible yang menjadi dasar kepercayaan saya. Dengan merenungkan makanan rohani daripada hamba yang setia dan bijaksana, iman kami diperkuat. Hasilnya, kami diperkukuh untuk menghadapi cubaan yang menguji iman.”

“Keberanian saudara saudari pada masa itu amat menggalakkan,” imbas seorang penyelia litar. “Kami sedar bahawa cara terbaik untuk menangkis serangan ini adalah dengan lebih bergiat dalam kerja menginjil, termasuk memberikan kesaksian di jalan. Syukurlah, ramai Saksi bersikap positif.”

yb12-E ms. 179, per. 3

Phocas Hakizumwami berkata dengan senyuman ceria, “Mula-mula, beberapa saudara dari sidang Nyabisindu telah ditahan. Kami tahu tidak lama lagi kami pun akan ditahan. Kawasan penyebaran kami akan bertukar dan kami hanya boleh menginjil di dalam penjara. Jadi, kami berusaha untuk meliputi semua kawasan penyebaran di luar penjara. Kami mengedarkan banyak majalah dan buku di pasar. Kami memohon bantuan Yehuwa agar dapat meliputi seluruh kawasan sebelum dipenjarakan. Yehuwa mendengar doa kami kerana pada 1 Oktober 1985, kami berjaya menyelesaikan kerja menginjil. Tujuh hari kemudian kami dipenjarakan.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi