Gunakan Bahan Bacaan Kita dengan Sebaiknya
1. Yesus menghargai pemberian Yehuwa. Bagaimanakah kita dapat meniru teladannya?
1 Selepas Yesus melakukan mukjizat dengan memberi makan kepada ramai orang, dia memastikan bahawa lebihan makanan dikumpul dan disimpan. (Mat. 14:19-21) Yesus menghargai pemberian Yehuwa. Teladannya mendorong kita untuk ‘bersyukur’ dan menggunakan dengan sebaiknya segala yang diberikan oleh Yehuwa melalui “hamba yang setia.”—Kol. 3:15; Luk. 12:42; Mat. 24:45-47.
2. Bagaimanakah kita dapat mengelakkan daripada menyimpan terlalu banyak majalah?
2 Majalah: Majalah yang tidak diedarkan akan cepat bertimbun. Jika kita selalu mempunyai lebihan majalah, kita patut mengurangkan pesanan kita. Bagaimana pula dengan majalah lama? Nilai majalah ini tidak akan luput ditelan zaman. Jika kita mempunyai simpanan majalah lama, mungkin penyelia aktiviti penyebaran atau penatua lain dapat mencadangkan kaedah yang berkesan untuk mengedarkan majalah-majalah itu.
3, 4. Apakah yang perlu kita ingat apabila mengambil bahan bacaan di Dewan Perjumpaan?
3 Bahan Bacaan yang Lain: Apabila terdapat perubahan dalam tawaran bahan bacaan, pastikan anda tidak mempunyai bahan bacaan tersebut di rumah sebelum mengambil bekalan tambahan di Dewan Perjumpaan. Ambil bekalan yang anda perlukan untuk seminggu sahaja. Setelah anda kehabisan bekalan, anda boleh mendapatkan bekalan yang baru di bahagian bahan bacaan.
4 Bagi bahan bacaan untuk kegunaan peribadi, hanya pesan apa yang anda betul-betul perlukan. Tuliskan nama anda pada ruangan yang disediakan supaya orang lain dapat mengembalikan bahan bacaan anda sekiranya tercicir. Kita boleh menggunakan CD-ROM Watchtower Library dan menyimpan salinan peribadi majalah kita sebagai rujukan pada kemudian hari.
5. Apakah yang perlu kita ingat semasa mengedarkan bahan bacaan kita?
5 Pengedaran Bahan Bacaan: Kita berusaha untuk mengedarkan bahan bacaan kita hanya kepada mereka yang benar-benar berminat. Ingatlah bahawa kita bertanggungjawab membiayai sebahagian besar kos bahan bacaan yang digunakan dalam aktiviti penyebaran. Semasa memberikan bahan bacaan kepada mereka yang berminat, jangan segan untuk memaklumkan mereka bahawa mereka berpeluang memberikan derma bagi menyokong kerja sedunia kita.
6. Mengapakah kita begitu menghargai bahan bacaan kita? Hal ini akan mendorong kita untuk berbuat apa?
6 Meskipun Yesus melakukan mukjizat dengan memberi makan kepada orang lain, namun sebahagian besar masa dan tenaganya digunakan untuk membekalkan makanan rohani. Kata Yesus, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi dengan setiap kata yang difirmankan oleh Yehuwa.’ (Mat. 4:4) Kebenaran Bible yang diajarkan dalam bahan-bahan bacaan kita amat penting dan dapat membawa kehidupan kekal. (Yoh. 17:3) Maka, janganlah membazirkan bahan-bahan bacaan kita yang begitu berharga!