PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/09 ms. 2
  • Sudahkah Anda Bersedia ke Sekolah?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sudahkah Anda Bersedia ke Sekolah?
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sudahkah Anak-anak Anda Bersedia?
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Janganlah Teragak-agak
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
Kerja Teokratik Kita—2009
km 8/09 ms. 2

Sudahkah Anda Bersedia ke Sekolah?

1. Apakah peluang yang menantikan anda seraya anda mula bersekolah?

1 Adakah anda akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan? Atau adakah anda sudah berada di bangku sekolah? Tidak kira apa jawapan anda, sebagai kaum muda Kristian, anda akan menghadapi cabaran dan tekanan yang baru. Namun, peluang-peluang baru untuk memberi kesaksian demi kebenaran juga terbentang di hadapan anda. (Yoh. 18:37) Sudahkah anda membuat persiapan yang secukupnya dan bersedia untuk memberikan kesaksian?

2. Apakah bantuan yang disediakan supaya anda dilengkapi untuk ke sekolah?

2 Yehuwa, ibu bapa anda, serta hamba yang setia dan bijaksana telah banyak melatih anda supaya anda dapat berjaya dalam setiap aspek kehidupan. (Ams. 1:8; 6:20; 23:23-25; Ef. 6:1-4; 2 Tim. 3:16, 17) Anda kini pastinya mengetahui cabaran yang bakal dihadapi di sekolah. Berdasarkan latihan tentang apa yang dikehendaki oleh Tuhan dan pengetahuan tentang situasi yang akan dihadapi, buatlah persediaan untuk memberikan kesaksian. (Ams. 22:3) Fikirkan secara mendalam ajaran dan cadangan Bible yang berguna dalam buku “Pertanyaan Kaum Muda” (Young People Ask-E), Jilid 1 dan 2, serta rencana-rencana berkaitan yang diterbitkan secara berkala dalam majalah berita.

3. Apakah peluang yang terbuka kepada anda untuk memberi kesaksian?

3 Kawasan penyebaran anda yang unik memberi anda banyak peluang untuk memberi kesaksian. Orang lain mungkin memerhatikan pakaian dan dandanan anda yang sopan, kelakuan serta pertuturan anda, sikap hormat yang anda tunjukkan terhadap rakan sekolah dan guru, dan prestasi anda. Mereka juga mungkin mendapati bahawa anda mempunyai asas yang kukuh dalam kehidupan. Oleh itu, mereka mungkin bertanya, “Kenapa kamu sangat berbeza?” (Mal. 3:18; Yoh. 15:19; 1 Tim. 2:9, 10) Barangkali, anda berpeluang untuk memberikan kesaksian dan menjelaskan kepercayaan anda. Sepanjang alam persekolahan, anda mungkin menghadapi cabaran seperti upacara kebangsaan dan cuti perayaan. Jika ditanya sebabnya anda tidak mengambil bahagian, adakah anda akan sekadar menjawab, “Agama saya melarangnya; Saya salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa,” atau adakah anda akan mengambil peluang ini untuk memberi kesaksian tentang Yehuwa, Bapa anda yang pengasih? Anda dapat memberi kesaksian yang baik kepada para guru, rakan sekolah, dan orang lain jika anda membuat persediaan yang rapi di bawah bimbingan Yehuwa.—1 Ptr. 3:15.

4. Mengapakah anda yakin bahawa anda dapat berjaya mengharungi alam persekolahan?

4 Meskipun anda mungkin sedikit risau untuk ke sekolah, ketahuilah bahawa ramai orang sedang menyokong anda dan ingin anda berjaya dalam sekolah. Selain itu, kami turut bersukacita kerana anda berpeluang memberi kesaksian kepada orang lain dalam kawasan penyebaran anda yang unik. Oleh itu, beranikanlah diri dan bersedialah ke sekolah!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi