PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/11 ms. 2
  • Sudahkah Anak-anak Anda Bersedia?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sudahkah Anak-anak Anda Bersedia?
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sudahkah Anda Bersedia ke Sekolah?
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Ibu Bapa—Latihlah Anak Anda untuk Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 7/11 ms. 2

Sudahkah Anak-anak Anda Bersedia?

1. Mengapakah anak-anak yang bersekolah perlu bersedia?

1 Anak-anak di sekolah menghadapi cabaran dan tekanan setiap hari. Namun, hal ini juga memberi mereka peluang untuk “berkata tentang apa yang benar.” (Yoh. 18:37) Sudahkah mereka bersedia?

2. Apakah yang harus anak anda tahu supaya dapat bersedia?

2 Adakah anak-anak anda jelas mengetahui kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan upacara nasionalistik dan perayaan agama palsu? Adakah mereka tahu sebab mereka tidak patut menyertainya? Sudahkah mereka bersedia menghadapi tekanan untuk mengejar pendidikan tinggi, bercinta, menyalahgunakan alkohol atau dadah? Adakah mereka akan sekadar menjawab, “Ini haram di sisi agama saya,” atau adakah mereka tahu cara menjelaskan kepercayaan sendiri?—1 Ptr. 3:15.

3. Bagaimanakah ibu bapa dapat membuat persediaan bersama anak-anak mereka semasa malam Penyembahan Keluarga?

3 Gunakan Malam Penyembahan Keluarga: Sudah tentu, bila-bila pun anda boleh berbincang dengan anak tentang masalah yang timbul di sekolah. Jika anda meluangkan masa khasnya untuk membincangkan hal-hal sebegini sebelum mulanya tahun persekolahan, anak-anak anda akan bertambah yakin. Cubalah berbuat demikian sekurang-kurangnya satu kali semasa malam Penyembahan Keluarga. Anda boleh tanya anak-anak, apabila sekolah bermula nanti, masalah apa yang paling membimbangkan mereka. Hal-hal yang dibincangkan beberapa tahun lalu boleh dikaji semula, memandangkan usia dan daya pemahaman anak-anak sudah bertambah. (Mzm. 119:95) Anda boleh memuatkan sesi latihan yang mana anda berlakon sebagai cikgu, guru kaunselor, atau rakan sekolah. Ajarlah anak-anak cara menjawab dengan menggunakan Bible atau bahan lain seperti buku kecil Perbincangan dan buku “Pertanyaan Kaum Muda.” Seorang ibu mengadakan sesi latihan dengan anak-anaknya supaya mereka bersedia memberitahu cikgu baru bahawa mereka ialah Saksi-Saksi Yehuwa.—Lihat majalah pembelajaran (E), 15 Disember 2010, muka surat 3-5.

4. Ibu bapa yang bijak akan melakukan apa?

4 Anak muda Kristian akan menghadapi semakin “banyak kesusahan” pada hari-hari terakhir. (2 Tim. 3:1) Ibu bapa yang bijak akan mencuba membantu mereka bersedia agar dapat mengatasinya. (Ams. 22:3) Berusahalah sedaya upaya untuk membantu anak-anak anda menghadapi cabaran dan tekanan baru yang timbul di sekolah.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi