PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/09 ms. 3-4
  • Atasi Cabaran untuk Memberi Kesaksian kepada Kaum Lelaki

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Atasi Cabaran untuk Memberi Kesaksian kepada Kaum Lelaki
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kebahagiaan dalam Keluarga yang Tidak Seiman
    Menara Pengawal—2012
  • Cubalah Membantu Suami atau Isteri yang Bukan Saksi
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Kebenaran ‘Bukannya Membawa Kedamaian, tetapi Perpecahan’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Bantulah Kaum Lelaki Membuat Kemajuan Rohani
    Menara Pengawal—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2009
km 8/09 ms. 3-4

Atasi Cabaran untuk Memberi Kesaksian kepada Kaum Lelaki

1. Apakah keperluan mendesak yang wujud dalam kerja menerajui kepentingan Kerajaan Tuhan?

1 Pada hari-hari terakhir ini, kerja penyebaran berita baik Kerajaan Tuhan semakin giat dijalankan. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi kaum lelaki yang berkelayakan rohani untuk menerajui kerja ini. (Mrk. 4:30-32; Kis. 20:28; 1 Tim. 3:1-13) Namun, di beberapa kawasan, terdapat lebih banyak wanita yang menerima berita baik Kerajaan Tuhan berbanding lelaki. Dalam sesetengah kebudayaan, suami berpendapat bahawa isteri mereka perlu bertanggungjawab untuk memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Apakah yang perlu kita lakukan untuk memupuk kesedaran lebih banyak kaum lelaki akan keperluan rohani mereka dan menyertai kita dalam penyembahan sejati?

2. Apakah hasil baik ekoran daripada usaha Paulus dan Petrus untuk memberi kesaksian kepada kaum lelaki?

2 Carilah Kaum Lelaki: Apabila seorang ketua keluarga menerima kebenaran, dia selalunya mempengaruhi ahli-ahli lain dalam keluarga untuk menyertainya dalam penyembahan sejati. Contohnya, semasa Paulus dan Silas dipenjarakan kerana kerja penyebaran, mereka telah memberi kesaksian kepada seorang ketua penjara. Lalu lelaki itu dan seluruh keluarganya dibaptis. (Kis. 16:25-34) Hasil daripada kerja penyebaran Paulus di Korintus, ‘Krispus, ketua rumah penyembahan itu dengan semua anggota keluarganya percaya kepada Tuan Yesus.’ (Kis. 18:8) Yehuwa telah menggunakan Petrus untuk memberi kesaksian kepada Kornelius, seorang pegawai tentera yang warak dan ‘takut akan Tuhan.’ Kornelius bersama dengan saudara-mara dan sahabat dekatnya telah dibaptis.—Kis. 10:1-48.

3. Seperti Filipus, anda dapat memberikan kesaksian kepada siapa?

3 Memberi kesaksian kepada kaum lelaki yang memegang jawatan tinggi boleh membawa kesan baik yang meluas. (1 Tim. 2:1, 2) Sebagai contoh, malaikat Yehuwa telah menyuruh Filipus untuk berbicara dengan seorang “pegawai tinggi” yang bertanggungjawab ke atas semua kekayaan ratu negeri Etiopia. Filipus terdengar lelaki itu ‘membaca kitab Penubuat Yesaya’ lalu menjelaskan berita baik tentang Yesus kepadanya. Lelaki Etiopia ini menjadi murid Yesus dan kemungkinan besar dia telah menyebarkan berita baik dalam perjalanan pulang ke tanah airnya. Dia mungkin juga telah memberi kesaksian kepada ratu dan orang yang berada dalam istana ratu, iaitu mereka yang lazimnya mempunyai peluang tipis untuk mendengar berita baik.—Kis. 8:26-39.

4. Bagaimanakah kita dapat membuka lebih banyak peluang kepada kaum lelaki untuk mendengar berita baik?

4 Hubungi Lebih Banyak Kaum Lelaki: Memandangkan kebanyakan lelaki bekerja pada siang hari, dapatkah anda membuat penyesuaian pada jadual anda untuk meluangkan lebih banyak masa dalam kerja penyebaran pada waktu petang, pada hujung minggu, atau semasa cuti? Anda lebih berpeluang untuk menghubungi kaum lelaki yang jarang berada di rumah jika anda sering mengunjungi kawasan perniagaan. Para saudara juga boleh berusaha khususnya untuk memberi kesaksian tidak formal kepada rakan sekerja lelaki mereka. Semasa menjalankan kerja penyebaran dari rumah ke rumah, khasnya di kawasan yang sering dikunjungi, para saudara boleh meminta izin untuk bercakap dengan ketua keluarga.

5. Apakah yang harus dilakukan oleh seorang saudari jika dia menemui seorang lelaki yang berminat pada berita Kerajaan Tuhan?

5 Seorang saudari yang menemui seorang lelaki yang menunjukkan minat pada kebenaran tidak patut membuat kunjungan kembali secara bersendirian. Dia boleh mengunjungi lelaki itu dengan suaminya atau penyiar lain. Jika lelaki itu terus menunjukkan minat, sebaik-baiknya seorang saudara yang layak diminta untuk mengunjunginya.

6. Bagaimanakah kita dapat mencontohi hawari Paulus agar “memimpin banyak orang menjadi pengikut Kristus”?

6 Pilih Topik yang Menarik Minat Kaum Lelaki: Hawari Paulus mengambil kira siapa pendengarnya dan menyesuaikan penyampaiannya agar dia dapat “memimpin banyak orang menjadi pengikut Kristus.” (1 Kor. 9:19-23) Begitu juga, kita perlu memikirkan topik-topik yang dapat menarik minat kaum lelaki yang mungkin ditemui lalu membuat persediaan yang sewajarnya. Contohnya, kaum lelaki selalunya prihatin tentang masalah ekonomi, kerajaan yang baik, dan keselamatan keluarga mereka. Mereka mungkin juga berminat tentang tujuan hidup, masa depan bumi, dan mengapa Tuhan membenarkan penderitaan. Kita akan mendapat sambutan yang lebih baik jika penyampaian kita tentang berita Kerajaan Tuhan mencerminkan daya pengamatan sebegini.—Ams. 16:23.

7. Bagaimanakah semua ahli sidang boleh membawa kesan yang positif ke atas suami bukan Saksi yang menghadiri perjumpaan?

7 Ambil Inisiatif untuk Membantu Suami Bukan Saksi: Walaupun kelakuan baik para saudari Kristian kita sering memainkan peranan terpenting dalam mempengaruhi suami mereka yang bukan Saksi, ahli-ahli sidang juga boleh memberi pengaruh yang baik. (1 Ptr. 3:1-4) Apabila seorang suami yang bukan Saksi menemani isterinya ke perjumpaan, sambutan mesra yang diberikan oleh sidang akan menjadi kesaksian yang berkesan. Barangkali, kehadirannya menunjukkan bahawa dia sedikit sebanyak berminat terhadap kebenaran dan dia mungkin sudi menerima pembelajaran Bible.

8. Bagaimanakah para saudara boleh berusaha untuk membantu suami yang bukan Saksi yang telah menunjukkan sedikit minat terhadap kebenaran?

8 Sesetengah suami pula pada mulanya tidak begitu berminat terhadap Bible tetapi akhirnya mungkin menerima perbincangan Bible dengan seorang saudara yang disenangi mereka. Semasa para saudara mengunjungi keluarga seorang saudari dalam sidang, mereka berusaha khasnya untuk berborak dengan suaminya yang bukan Saksi tentang topik-topik yang diminatinya. Lama-kelamaan, mereka dapat membincangkan hal-hal rohani dan kini suami itu sudah dibaptis. Dalam contoh lain, seorang saudara telah membantu seorang suami yang ramah tetapi bukan Saksi untuk mendirikan pagar di sekeliling rumahnya. Hasilnya pembelajaran Bible telah dimulakan kerana saudara tersebut menunjukkan keprihatinan. (Gal. 6:10; Flp. 2:4) Jika anda seorang saudara Kristian, bolehkah anda berusaha untuk membantu suami-suami yang bukan Saksi?

9. Usaha melatih para saudara Kristian mungkin membawa hasil apa?

9 Dilatih untuk Masa Depan: Lelaki yang telah menerima berita Kerajaan Tuhan dan berusaha memikul tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Yehuwa mungkin menjadi kurnia berupa manusia. Para penatua Kristian ini menggunakan keupayaan dan tenaga mereka untuk melayani sidang-sidang umat Yehuwa. (Ef. 4:8) Saudara-saudara ini menggembala sidang dengan senang hati dan sungguh-sungguh. (1 Ptr. 5:2, 3) Sememangnya, mereka merupakan berkat kepada seluruh persaudaraan Kristian kita!

10. Bagaimanakah usaha Ananias untuk membantu Paulus membawa manfaat kepada ramai orang?

10 Contohnya, sebelum Saulus menjadi ‘hawari kepada orang bukan Yahudi,’ dia pernah menganiaya orang Kristian. (Rm. 11:13) Oleh sebab itu, murid Yesus, Ananias, pada mulanya teragak-agak untuk memberi kesaksian kepada Saulus. Namun, Ananias mematuhi arahan Yesus dan bercakap dengan lelaki yang kemudiannya menjadi hawari Paulus. Selama bertahun-tahun, kerja penyebaran Paulus membantu ribuan orang yang ditemuinya. Sehingga hari ini, jutaan orang terus dibantu oleh surat-suratnya yang terilham yang tercatat dalam Firman Tuhan.—Kis. 9:3-19; 2 Tim. 3:16, 17.

11. Mengapakah kita patut melakukan apa sahaja penyesuaian yang perlu bagi memberi kesaksian kepada kaum lelaki?

11 Semoga kita melakukan apa sahaja penyesuaian yang perlu bagi mengatasi cabaran untuk memberi kesaksian kepada kaum lelaki. Seraya kita mengejar matlamat ini, yakinlah bahawa Yehuwa akan memberkati usaha tekun kita untuk menjalankan kehendak-Nya dan menyempurnakan tugas Kerajaan-Nya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi