PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/10 ms. 5-6
  • Cubalah Membantu Suami atau Isteri yang Bukan Saksi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cubalah Membantu Suami atau Isteri yang Bukan Saksi
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kebahagiaan dalam Keluarga yang Tidak Seiman
    Menara Pengawal—2012
  • Kebenaran ‘Bukannya Membawa Kedamaian, tetapi Perpecahan’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Atasi Cabaran untuk Memberi Kesaksian kepada Kaum Lelaki
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Berkahwin dengan Pengikut Tuan Sahaja—Adakah Masih Masuk Akal?
    Menara Pengawal—2015
Kerja Teokratik Kita—2010
km 11/10 ms. 5-6

Cubalah Membantu Suami atau Isteri yang Bukan Saksi

1. Selain daripada penyiar yang mempunyai pasangan yang bukan Saksi, siapakah yang juga ingin membantu pasangan mereka untuk menerima kebenaran?

1 Adakah sesetengah penyiar dalam sidang anda mempunyai suami atau isteri yang bukan Saksi? Mereka pasti ingin menyembah Yehuwa bersama-sama pasangan mereka. Seluruh sidang juga menginginkan hal yang sama. Seperti Tuhan, mereka “mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan.” (1 Tim. 2:4) Maka, apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu suami atau isteri penyiar yang bukan Saksi?

2. Jika kita berpengertian, bagaimanakah kita akan melayan seorang suami atau isteri yang bukan Saksi?

2 Mula-mulanya, kita patut mencuba memahami pandangan pasangan yang bukan Saksi itu. Ramai suami atau isteri yang bukan Saksi mengasihi keluarga mereka dan berusaha memainkan peranan sebagai pasangan atau ibu bapa yang baik. Barangkali mereka berpegang teguh pada kepercayaan agama sendiri. Mungkin pengetahuan mereka tentang kita terhad kerana mendengar pendapat kawan-kawan yang berprasangka atau yang kurang mengenali Saksi-Saksi Yehuwa. Ada yang sakit hati kerana masa yang dahulunya diluangkan oleh pasangan mereka bersama keluarga kini digunakan untuk penyembahan. Jika kita berpengertian, kita tidak akan terlalu cemas, sebaliknya akan menunjukkan kebaikan hati dan rasa hormat apabila bergaul dengan mereka.—Ams. 16:20-23.

3. Barangkali, apakah cara yang terbaik untuk membantu suami atau isteri yang bukan Saksi agar menerima kebenaran?

3 Mengambil Berat Terhadapnya: Barangkali, perbuatan kita dan bukannya perbincangan Bible ialah langkah awal yang terbaik untuk membantu suami atau isteri yang bukan Saksi agar menerima kebenaran. (1 Ptr. 3:1, 2) Maka, amatlah penting untuk mengambil berat terhadap mereka secara peribadi. Para saudari boleh mengambil berat terhadap isteri yang bukan Saksi, manakala para saudara boleh prihatin terhadap suami yang bukan Saksi. Apakah caranya?

4. Bagaimanakah kita dapat mengambil berat terhadap suami atau isteri yang bukan Saksi?

4 Jika anda belum bertemu dengan pasangan yang bukan Saksi itu, bincanglah dengan suami atau isterinya dahulu sebelum berbuat demikian. Jangan kecewa jika pada mulanya pasangan yang bukan Saksi itu bersikap dingin. Keramahan dan keprihatinan kita mungkin mengubah sikapnya terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. (Rm. 12:20) Sesetengah orang Kristian yang matang telah menjemput suami yang bukan Saksi serta keluarganya untuk makan bersama-sama. Dengan ini, mereka dapat saling mengenali dan merobohkan prasangka yang mungkin ada. Daripada memaksanya berbincang tentang perkara rohani, kita boleh bercakap tentang perkara-perkara yang diminatinya. Kemudian, perbincangan Bible mungkin dapat diadakan setelah dia lebih menyenangi kehadiran kita. Memandangkan suami itu telah mengenali sesetengah anggota sidang, dia mungkin sudi menghadiri salah satu perjumpaan kita untuk mengetahui apa yang sedang dipelajari oleh isterinya. Walaupun dia belum bersedia mempelajari kebenaran, dia patut dipuji kerana menyokong isterinya.

5. Bagaimanakah para penatua dapat mencuba membantu suami atau isteri yang bukan Saksi?

5 Penatua-penatua harus peka terhadap peluang untuk memberikan kesaksian dan mencuba membantu suami atau isteri yang bukan Saksi. Biarpun tidak berminat untuk membincangkan Bible pada mulanya, dia mungkin rela mendengar mesej Bible yang melegakan hatinya semasa dia dimasukkan ke hospital atau sakit tenat. Ketika berlakunya masalah besar dalam keluarga yang tidak sekepercayaan, seperti kematian seorang ahli keluarga, para penatua yang datang untuk melegakan hati keluarga itu boleh menjemputnya untuk duduk bersama.

6. Mengapakah kita harus berusaha membantu suami atau isteri yang bukan Saksi?

6 Bayangkan betapa gembiranya saudara atau saudari kita jika pasangannya mempelajari dan menerima kebenaran! Tambahan lagi, Yehuwa, para malaikat, dan seluruh sidang akan turut bergembira. (Luk. 15:7, 10) Meskipun suami atau isteri yang bukan Saksi itu bersikap dingin pada mulanya, kita masih boleh bersukacita, kerana Yehuwa senang hati dengan usaha kita yang gigih. Yehuwa “tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.”—2 Ptr. 3:9.

[Blurb pada muka surat 6]

Barangkali, perbuatan kita dan bukannya perbincangan Bible ialah langkah awal yang terbaik untuk membantunya menerima kebenaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi