PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/09 ms. 1
  • Bagaimanakah Anda akan Menjawab?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Anda akan Menjawab?
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Soalan dengan Mahir
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bantu Penghuni Rumah Menaakul
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bagaimanakah Seharusnya Kita “Memberikan Jawapan”?
    Menara Pengawal—2014
  • Persiapan Diperlukan untuk Mengajar dengan Mahir
    Kerja Teokratik Kita—2015
Kerja Teokratik Kita—2009
km 9/09 ms. 1

Bagaimanakah Anda akan Menjawab?

1. Mengapakah kita patut meniru cara Yesus menjawab soalan?

1 Sehingga hari ini, orang berasa takjub akan cara Yesus menjawab pertanyaan dengan berkesan. Semasa berdepan dengan beraneka soalan dalam aktiviti penyebaran, kita patut meniru cara Yesus memberikan jawapan.—1 Ptr. 2:21.

2. Apakah yang boleh membantu kita menjawab soalan dengan berkesan?

2 Dengar Dulu: Yesus mengambil kira sudut pandangan orang yang menanyakan soalan. Kadangkala, kita perlu menanyakan soalan untuk mengetahui apa sebenarnya yang bermain di fikiran penanya. Seseorang yang bertanya, “Adakah anda percaya kepada Yesus?” sebenarnya mungkin sedang tertanya-tanya mengapa anda tidak menyambut Hari Krismas. Jika anda dapat mengenal pasti isi hati penanya itu, anda dapat menaakul dengannya secara lebih berkesan.—Luk. 10:25-37.

3. Apakah yang telah disediakan untuk membantu kita mencari jawapan Bible yang memuaskan?

3 Menjawab Berdasarkan Firman Tuhan: Sering kali, cara terbaik untuk menjawab soalan adalah dengan menggunakan Bible. (2 Tim. 3:16, 17; Ibr. 4:12) Buku kecil Perbincangan dan buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning-E) terbukti berguna untuk memberikan jawapan yang sesuai. Biarpun penanya tidak menerima kewibawaan Bible, anda mungkin dapat menunjukkan ajaran Bible dengan bijaksana. Galakkan orang itu untuk memikirkan secara mendalam hikmat yang tidak luput ditelan zaman yang terkandung dalam Bible. Jika anda meniru Yesus, anda dapat memberikan jawapan yang mulia, indah, dan bernilai, “bagaikan buah emas di dalam pinggan perak.”—Ams. 25:11.

4. Dalam keadaan apakah kita sebaiknya tidak mencuba menjawab setiap soalan?

4 Perlukah Kita Menjawab Setiap Soalan? Jika anda tidak mengetahui jawapan kepada suatu soalan, jangan berasa segan untuk berkata, “Saya tidak tahu, tetapi saya boleh membuat penyelidikan tentang soalan anda dan kembali dengan jawapannya.” Kerendahan hati dan keprihatinan peribadi sebegini mungkin menggerakkan hati penghuni rumah untuk menjemput anda mengunjunginya semula. Jika anda menyedari bahawa seseorang mengajukan soalan untuk bertikam lidah dan menentang kita, tirulah Yesus dengan menamatkan perbualan itu. (Luk. 20:1-8) Begitu juga, jika seseorang yang tidak berminat dalam kebenaran mencuba berdebat dengan anda, akhiri perbualan itu dengan sopan. Gunakan masa anda untuk mencari mereka yang tulus ikhlas.—Mat. 7:6.

5. Semasa menjawab soalan, bagaimanakah kita dapat meneladani Yesus?

5 Yesus tahu bahawa jika dia ingin melaksanakan tugasnya untuk “berkata tentang apa yang benar,” termasuk menjawab soalan yang diutarakan oleh mereka yang tulus ikhlas, dia mesti bergantung pada Yehuwa. (Yoh. 18:37) Betapa besarnya penghormatan yang kita miliki untuk meniru Yesus dengan memberikan jawapan kepada mereka yang berhati jujur!—Kis. 13:48.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi