Kesaksian yang Berkesan akan Diberikan
1. Selain daripada ceramah, apa lagi yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang baru yang menghadiri sambutan Peringatan? Jelaskan.
1 Bila? Pada malam sambutan Peringatan. Kita sudah banyak berusaha untuk menjemput orang agar menghadirinya bersama kita. Orang baru bukan sahaja akan kagum dengan apa yang didengar. Seorang wanita yang telah menghadiri sambutan Peringatan khususnya menceritakan apa yang dilihatnya: semua orang bersikap mesra, dan bangunan yang bersih lagi indah yang dibina dan diselenggarakan oleh sukarelawan. Maka, kita semua, bukan sahaja penceramah, dapat memberikan kesaksian pada peristiwa tahunan yang terpenting ini.—Ef. 4:16.
2. Bagaimanakah kita masing-masing dapat memberikan kesaksian kepada orang baru?
2 Sambutlah Orang Baru dengan Ramah: Senyuman yang manis berserta sapaan yang mesra kepada orang baru ialah satu kesaksian yang baik. (Yoh. 13:35) Biarpun anda tidak dapat bercakap dengan semua orang, anda masih dapat memperkenalkan diri dengan mesra kepada orang di sekeliling anda. (Ibr. 13:1, 2) Carilah orang baru yang nampaknya tidak mengenali sesiapa pun. Mungkin mereka telah menerima surat jemputan semasa kempen ini. Tanyalah mereka, “Adakah ini kali pertama anda ke sini?” Jemput mereka untuk duduk bersama, dan jawablah soalan-soalan mereka. Jika sidang anda perlu cepat beredar supaya sidang lain dapat menggunakan dewan itu, anda boleh berkata, “Saya ingin mendengar pendapat anda tentang program tadi. Bolehkah saya menghubungi anda?”
3. Bagaimanakah kita dapat mengalu-alukan penyiar yang tidak aktif?
3 Mengalu-alukan Penyiar yang Tidak Aktif: Sudah pasti, ada penyiar yang tidak aktif yang akan hadir, termasuk mereka yang hanya menghadiri sambutan Peringatan setiap tahun. Alu-alukan mereka, dan beritahu mereka bahawa anda sangat gembira untuk bertemu dengan mereka. (Rm. 15:7) Tidak lama kemudian, para penatua boleh berkunjung ke rumah mereka untuk menggalakkan mereka agar terus bergaul dengan sidang. Kita berdoa agar orang ramai yang hadir akan terdorong untuk memuliakan Tuhan, bukan sahaja kerana apa yang didengar tetapi juga kerana melihat lalu ‘mengakui perbuatan kita yang baik.’—1 Ptr. 2:12.