PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Jadual untuk Minggu Bermula 16 Mac
    Kerja Teokratik—2009 | Mac
    • Jadual untuk Minggu Bermula 16 Mac

      MINGGU BERMULA 16 MAC

      Lagu 106

      □ Pembelajaran Bible Sidang:

      “Kasih Tuhan” bab 2 ¶12-21, kotak pada ms. 24

      □ Sekolah Penyebaran Teokratik:

      Pembacaan Bible: Kejadian 43-46

      No. 1: Kejadian 44:1-17

      No. 2: Yesus Lebih Berkuasa daripada Roh-roh Jahat (lr bab 10)

      No. 3: Nubuat-nubuat Bible Terbukti Dapat Dipercayai Sepenuhnya (rs-IN ms. 262 ¶3-ms. 263 ¶2)

      □ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:

      Lagu 130

      5 min: Pengumuman.

      10 min: Apakah Makna Nama Yehuwa bagi Kita? Ceramah yang bersemangat berdasarkan buku “Sekolah Penyebaran” (Ministry School-E), muka surat 274, perenggan 2-5.

      10 min: Memanfaatkan “Buku Tahunan 2009.” Ceramah dan perbincangan bersama para hadirin. Bincangkan “Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan.” Aturkan terlebih dahulu supaya para penyiar menceritakan beberapa pengalaman yang ringkas daripada “Buku Tahunan” (Yearbook) yang telah menggalakkan mereka. Jemput para hadirin untuk memberikan komen tentang aspek-aspek laporan sedunia yang menarik. Akhiri bahagian ini dengan menggalakkan semua untuk membaca seluruh “Buku Tahunan.”

      10 min: “Cara Menggunakan Buku ‘Kasih Tuhan’ untuk Mengadakan Pembelajaran Bible.” Selepas pengenalan yang kurang daripada seminit, bincangkan bahagian ini dalam bentuk soal jawab.

      Lagu 97

  • Cara Menggunakan Buku “Kasih Tuhan” untuk Mengadakan Pembelajaran Bible
    Kerja Teokratik—2009 | Mac
    • Cara Menggunakan Buku “Kasih Tuhan” untuk Mengadakan Pembelajaran Bible

      1. Apakah tujuan buku “Kasih Tuhan”?

      1 Kita sungguh teruja untuk menerima buku baru “Kasih Tuhan” (“Keep Yourselves in God’s Love”) semasa Konvensyen Distrik “Dibimbing oleh Daya Aktif Tuhan”! Seperti yang diumumkan, buku ini bertujuan untuk membantu kita mengetahui dan mengasihi piawaian-piawaian Yehuwa sehubungan dengan kelakuan dan bukannya untuk mengajarkan doktrin-doktrin asas daripada Bible. Kita tidak akan menawarkan buku ini dari pintu ke pintu.

      2. Bagaimanakah buku ini akan digunakan? Dengan siapa?

      2 Selepas seseorang pelajar Bible selesai mempelajari buku “Bible Ajarkan” (Bible Teach), dia akan mempelajari buku ini. Ingatlah bahawa setiap individu maju secara rohani pada kadar yang berbeza. Oleh itu, setiap pembelajaran patut diadakan pada kadar yang sesuai dengan pelajar. Pastikan dia jelas memahami bahan yang sedang dibincangkan. Biasanya, buku ini tidak patut digunakan untuk memulakan pembelajaran Bible dengan mereka yang mungkin telah mempelajari beberapa buah buku pada suatu ketika dahulu, tetapi tidak menghadiri perjumpaan dan yang jelas sekali tidak ingin hidup selaras dengan kebenaran Bible yang telah dipelajari.

      3. Apakah yang patut kita lakukan jika kita sedang menggunakan buku “Sembahlah Tuhan” untuk mengadakan pembelajaran Bible?

      3 Jika anda sedang mempelajari bab-bab terakhir dalam buku “Sembahlah Tuhan” (Worship God) dengan pelajar Bible, anda boleh terus menggunakan buku itu. Namun, galakkan pelajar itu supaya dia sendiri membaca buku “Kasih Tuhan.” Jika tidak, anda digalakkan untuk mengalihkan pembelajaran ke permulaan buku baru itu. Seperti halnya dengan buku “Bible Ajarkan,” anda boleh memilih sama ada untuk membincangkan topik-topik dalam bahagian lampiran atau tidak.

      4. Apakah yang patut kita lakukan sekiranya pelajar Bible kita dibaptiskan sebelum selesai mempelajari buku “Bible Ajarkan” dan “Kasih Tuhan”?

      4 Jika seseorang pelajar Bible dibaptiskan sebelum selesai mempelajari kedua-dua buah buku ini, dia patut meneruskan pembelajarannya sehingga buku “Kasih Tuhan” selesai dipelajari. Biarpun dia telah dibaptis, anda boleh melaporkan masa, kunjungan kembali, dan pembelajaran Bible itu. Seorang penyiar yang mengikuti anda dan mengambil bahagian dalam pembelajaran itu juga boleh melaporkan masanya.

      5. Bagaimanakah buku “Kasih Tuhan” dapat digunakan untuk membantu penyiar yang telah menjadi tidak aktif dalam kerja penyebaran?

      5 Jika Jawatankuasa Sidang menugaskan anda untuk mengadakan pembelajaran Bible dengan seseorang yang telah menjadi tidak aktif dalam kerja penyebaran, anda mungkin perlu membincangkan bab-bab tertentu dalam buku “Kasih Tuhan.” Pembelajaran Bible sebegini tidak perlu diadakan untuk jangka masa yang panjang. Sesungguhnya buku baru ini merupakan pemberian yang bermanfaat, kerana disediakan untuk membantu kita tetap ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan’!—Yud. 21.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi