‘Semoga Nama Tuhan Disucikan’
1. Apakah tema perhimpunan litar bagi tahun aktiviti penyebaran 2012? Tema ini dipilih berdasarkan apa?
1 Sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, tidakkah kita berbesar hati kerana dapat menyandang nama Yehuwa, Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat? Tuhan sendiri yang memberi kita penghormatan untuk menjunjung nama-Nya, dan kita telah dikenali dengan nama mulia Yehuwa terutamanya sejak tahun 1931. (Yes. 43:10) Yesus, selaku Anak tunggal Tuhan, menyanjung tinggi nama Tuhan. Perkara pertama yang disebutkannya dalam Doa Bapa Kami ialah nama Tuhan. (Mat. 6:9) Tema program perhimpunan litar bagi tahun aktiviti penyebaran 2012 telah dipilih berdasarkan doa Yesus. Temanya ialah “Semoga Nama Tuhan Disucikan.”
2. Apakah maklumat yang bakal disampaikan?
2 Apa yang Bakal Disampaikan: Pada hari Sabtu, ceramah yang bertajuk “Pekhidmat Sepenuh Masa yang Menghebahkan Nama Tuhan” akan membincangkan mengapa khidmat sepenuh masa ialah cara hidup yang membawa berkat. Simposium yang berjudul “Jangan Sekali-kali Mencemari Nama Yehuwa” akan membantu kita menjauhi empat jenis perangkap yang mungkin timbul. Ceramah “Sebabnya Nama Tuhan Mesti Disucikan” akan menjawab dua soalan ini: Apakah yang dapat membantu kita menginjil dengan bersemangat apabila orang lain bersikap acuh tak acuh? Apakah yang dapat membantu kita memberikan kesaksian dengan berkesan? Seterusnya, pada hari Ahad, terdapat sebuah simposium yang mengandungi empat bahagian. Simposium ini akan mengajar kita cara untuk menyucikan nama Tuhan menerusi fikiran, tutur kata, keputusan, dan kelakuan kita. Orang yang baru khasnya akan mendapat manfaat daripada ceramah umum yang bertajuk “Yehuwa akan Menyucikan Nama Agung-Nya semasa Armagedon.”
3. Apakah penghormatan yang kita miliki? Bagaimanakah program perhimpunan litar ini akan membantu kita?
3 Tidak lama lagi, Yehuwa akan menyucikan nama-Nya. (Yeh. 36:23) Sementara itu, kita diberi penghormatan yang amat besar untuk menjunjung nama suci Yehuwa. Pastinya, program perhimpunan litar ini akan membantu kita agar menyempurnakan amanah masing-masing sebagai umat yang menyandang nama Tuhan.