Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Hari Sabtu Pertama Bulan November
“Hari ini, kita boleh mendapatkan maklumat dengan begitu mudah. Pada pendapat anda, dari manakah kita dapat mencari nasihat yang dapat membantu kita hidup bahagia? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca 2 Timotius 3:16, 17 dan perenggan 12, muka surat 25, buku Ajaran Bible.] Buku ini menunjukkan cara hidup yang diperkenankan Tuhan dan yang bermanfaat bagi kita.” Tunjukkan carta dan gambar pada muka surat 140-141.
“Ramai orang yang percaya pada Tuhan ingin lebih mengenali-Nya. Tahukah anda bahawa Tuhan menjemput kita untuk menghampiri-Nya? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca Yakobus 4:8a dan perenggan 20, muka surat 18, buku Ajaran Bible.] Buku ini dapat membantu anda lebih mengenali Tuhan dengan menggunakan Bible sendiri.” Tunjukkan soalan-soalan pengenalan pada muka surat 8.