Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada November
Kunjungan Pertama:
“Pernahkah anda bertanya, ‘Mengapakah kehidupan manusia sarat dengan penderitaan?’ [Izinkan maklum balas.] Perhatikan bahawa Tuhan berjanji untuk mengakhiri semua penderitaan.” Baca Mazmur 37:10, 11, 29. Tawarkan risalah Semua Penderitaan akan Berakhir Tidak Lama Lagi! Bincangkan empat perenggan pertama jika masa mengizinkan. Sebelum beredar, tanyalah penghuni, “Jika Tuhan ingin mengakhiri semua penderitaan, mengapakah terdapat penderitaan di dunia ini?” Jika dia berminat, tawarkan buku Ajaran Bible dan buatlah aturan untuk kembali.
Kunjungan Kembali:
“Hari itu, saya beri anda risalah Semua Penderitaan akan Berakhir Tidak Lama Lagi! Kita telah membaca daripada Bible bahawa Tuhan berjanji untuk mengakhiri semua penderitaan. Tapi mengapakah terdapat penderitaan di dunia ini?” Izinkan maklum balas. Bincangkan ayat Bible di bawah tajuk kecil “Mengapakah Terdapat Penderitaan di Dunia Ini?” Kemudian, baca tiga soalan pengenalan dari bab 11 buku Ajaran Bible. Buatlah aturan untuk kembali bagi meneruskan perbincangan.