Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Hari Sabtu Pertama Bulan Disember
“Ramai orang hari ini menganuti pelbagai agama dan bersembahyang dalam bermacam-macam cara. Pada pendapat anda, apakah perasaan Tuhan? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan apa yang dikatakan oleh Yesus.” Buka buku Ajaran Bible dan bincangkan perenggan 3, muka surat 167. Tawarkan buku itu dan aturkan untuk kembali dan membincangkan perenggan seterusnya.
Buku Cerita Bible Saya
“Adakah anda mendapati susah untuk mengajar anak-anak tentang Bible? Buku ini boleh membantu anda. Biar saya tunjukkan cara menjelaskan Doa Bapa Kami.” Secara ringkas, nyatakan isi-isi penting cerita 91.