Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Disember
Kunjungan Pertama:
“Adakah anda inginkan kehidupan keluarga yang bahagia? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan bahawa Pengasas keluarga mahu semua keluarga hidup bahagia. [Baca Ulangan 11:19.] Menurut Bible, keluarga akan bahagia jika ibu bapa memberikan masa dan perhatian kepada anak-anak.” Buat aturan untuk kunjungan kembali dengan bertanya, “Bagaimanakah ibu bapa boleh melatih anak-anak?”
Kunjungan Kembali:
“Ahad lalu, kita berbincang bahawa Pengasas keluarga mahu semua keluarga hidup bahagia. Satu cara ialah ibu bapa perlu memberikan masa dan perhatian kepada anak. Tapi bagaimanakah kebanyakan ibu bapa melatih anak mereka?” Izinkan maklum balas. Jika sesuai, tunjukkan bab 14 buku Ajaran Bible dan bincangkan soalan pengenalan yang ke-3. Anda boleh bincangkan perenggan 14 jika penghuni ada masa. Buatlah aturan untuk kembali bagi meneruskan perbincangan.