PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/11 ms. 2
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gunakan Bahan Bacaan Bible dengan Bijak
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Bagaimanakah Keadaannya?
    Kerja Teokratik Kita—2011
Kerja Teokratik Kita—2011
km 12/11 ms. 2

Kotak Pertanyaan

◼ Apakah yang akan menentukan sama ada kita memberikan bahan bacaan kepada seseorang?

Faktor terpenting yang dipertimbangkan ialah minat seseorang. Jika dia menunjukkan minat yang ikhlas, kita boleh memberinya dua naskhah majalah, sebuah brosur, sebuah buku, atau bahan bacaan yang lain. Kita tetap berbuat demikian walaupun kita merasa dia kurang atau tidak mampu untuk memberi sumbangan bagi kerja sedunia. (Ayb. 34:19; Why. 22:17) Sebaliknya, kita tidak akan memberikan bahan bacaan yang bernilai ini kepada mereka yang tidak menghargainya—Mat. 7:6.

Bagaimanakah kita tahu sama ada penghuni rumah berminat? Jika dia sudi berbual dengan kita, itu satu petanda baik. Cara dia memberi tumpuan semasa kita bercakap, menjawab soalan yang ditanya, dan meluahkan pendapatnya juga menunjukkan dia berminat. Selain itu, mengikuti pembacaan ayat Bible menandakan dia menghormati Firman Tuhan. Sering kali, ada baiknya jika kita bertanya sama ada dia akan membaca bahan bacaan yang ditawarkan. Penyiar patut menggunakan pertimbangan yang baik untuk menentukan minat seseorang. Contohnya, semasa menjalankan kesaksian di tempat awam, tidaklah sesuai untuk memberikan majalah, brosur, atau buku dengan sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja yang lalu-lalang. Jika kita tidak dapat menentukan minat seseorang, adalah lebih baik untuk memberinya jemputan sidang atau risalah.

Begitu juga, jumlah bahan bacaan yang diambil oleh penyiar dari kaunter bahan bacaan haruslah berdasarkan keperluannya dan bukannya keupayaannya untuk menderma. Sumbangan bukanlah sekadar membayar kos bahan bacaan tetapi untuk menyokong semua aspek kerja penyebaran sedunia. Tidak kira kemampuan kita, penghargaan untuk menyokong kepentingan Kerajaan Tuhan akan menggerakkan kita untuk memberi dengan murah hati dan bukannya daripada kelebihan kekayaan kita. (Mrk. 12:41-44; 2 Kor. 9:7) Hal ini akan mengingatkan kita untuk mengambil bahan bacaan yang diperlukan sahaja agar tidak membazir wang yang disumbangkan.

[Blurb pada muka surat 2]

Penyiar patut menggunakan pertimbangan yang baik untuk menentukan minat seseorang

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi