PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/11 ms. 11
  • Bagaimanakah Keadaannya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Keadaannya?
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • “Saya akan Ambil . . . sekiranya Kamu Ambil Bahan Bacaan Kami”
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Gunakan Bahan Bacaan Bible dengan Bijak
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Kerja Teokratik Kita—2011
km 10/11 ms. 11

Bagaimanakah Keadaannya?

Soalan ini patut ditanya sebelum kita menawarkan apa-apa bahan bacaan. Bahan bacaan yang terkelepet, warnanya pudar, sudah menguning, kotor, atau koyak akan menjejaskan nama baik organisasi kita. Tambahan lagi, perhatian penghuni rumah mungkin dialih daripada berita penyelamatan yang terkandung dalam bahan bacaan tersebut.

Bagaimanakah kita dapat menjaga bahan bacaan kita dengan baik? Ramai penyiar membahagikan ruang dalam beg penyebaran. Contohnya, mereka mengekhaskan satu ruang untuk menyimpan buku, satu ruang untuk majalah dan brosur, satu lagi untuk risalah, dan sebagainya. Selepas setiap perbualan, mereka mengembalikan Bible dan bahan bacaan ke dalam beg dengan cermat supaya tidak rosak. Sesetengah penyiar menyimpan bahan bacaan mereka di dalam fail. Tidak kira cara apa yang digunakan, kita tidak ingin menawarkan bahan bacaan yang rosak supaya tiada sesiapa pun mempunyai alasan untuk mencela kerja penyebaran kita.—2 Kor. 6:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi