Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Hari Sabtu Pertama Bulan Mac
Jika anda menggunakan penyampaian yang ringkas, lebih ramai orang akan dapat mendengar berita baik. Tanyalah penghuni rumah salah satu daripada enam soalan di muka hadapan risalah Mengetahui Kebenaran. Kemudian, tunjukkan jawapan daripada risalah. Dengan ini, penyiar dapat menyesuaikan penyampaian mereka mengikut kawasan penyebaran. Jika seseorang menunjukkan minat, catatkan maklumatnya dan buatlah kunjungan kembali.
Risalah Mengetahui Kebenaran disediakan khas untuk membantu kita memulakan pembelajaran Bible. Semasa membuat kunjungan kembali, anda boleh bertanya, ‘Kebenaran Bible manakah yang telah melegakan hati anda?’ Tunjukkan muka belakang risalah ini dan nyatakan aturan pembelajaran Bible. Berikan buku Ajaran Bible kepadanya. Jika boleh, selepas dia memilih bab yang diminatinya, bincangkan dengan ringkas satu atau dua perenggan daripada bab tersebut.