PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/12 ms. 1
  • Apakah yang ‘Membolehkan Anda Berbangga’?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang ‘Membolehkan Anda Berbangga’?
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Belajar daripada Perumpamaan Talenta
    Menara Pengawal—2015
  • Bersukacitalah kerana Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Gunakan Kehidupan Anda untuk Memuji Yehuwa!
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Perumpamaan Talenta dan Sikap Rajin Berusaha
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Kerja Teokratik Kita—2012
km 7/12 ms. 1

Apakah yang ‘Membolehkan Anda Berbangga’?

1. Apakah yang membolehkan kita bergembira pada akhir setiap bulan?

1 Semasa menyerahkan laporan aktiviti penyebaran pada akhir setiap bulan, apakah yang ‘membolehkan anda berbangga’ dan bersukacita? (Gal. 6:4) Tidak kira anda perintis khas yang melaporkan 130 jam atau penyiar yang boleh melaporkan sekurang-kurangnya 15 minit setiap bulan, kita semua harus bergembira kerana dapat menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati.—Mzm. 100:2.

2. Mengapakah kita patut bergiat dalam khidmat Yehuwa?

2 Selaku Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat, Yehuwa berhak menerima apa yang terbaik daripada kita. (Mal. 1:6) Kita membaktikan diri untuk melakukan kehendak-Nya kerana kita mengasihi-Nya. Jika kita memberikan apa “yang terbaik” dari segi masa, bakat, dan usaha dalam khidmat Yehuwa, kita boleh berbangga pada penghujung setiap hari atau bulan. (Ams. 3:9) Tetapi jika hati nurani kita mengatakan bahawa kita boleh lebih berusaha, kita patut memikirkan cara-cara untuk berbuat demikian.—Rm. 2:15.

3. Mengapakah kita tidak patut membandingkan diri dengan orang lain?

3 Jangan Bandingkan Diri dengan Orang Lain: Kita tidak patut membandingkan diri dengan orang lain atau keadaan dahulu semasa kita lebih bertenaga. Keadaan hidup selalu berubah. Kebolehan setiap orang berbeza. Sikap suka membanding sering menimbulkan persaingan atau perasaan kurang harga diri. (Gal. 5:26; 6:4) Yesus tidak berbuat demikian. Sebaliknya, dia memuji orang menurut kebolehan mereka.—Mrk. 14:6-9.

4. Apakah pengajaran bernilai yang diperoleh daripada cerita ibarat Yesus berkenaan kepingan wang?

4 Dalam cerita ibarat Yesus, setiap hamba menerima kepingan wang “menurut kebolehan masing-masing.” (Mat. 25:15) Semasa tuan mereka pulang dan bertanya tentang kerja mereka, hamba-hamba yang telah berusaha menurut kebolehan dan keadaan sendiri dipuji dan dapat bersukacita bersama tuan mereka. (Mat. 25:21, 23) Begitu juga, jika kita sibuk dalam kerja penyebaran, kita pasti mendapat perkenan Tuhan dan boleh berbangga!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi