Cara Menawarkan Bahan Bacaan pada . . .
Perjumpaan Aktiviti Penyebaran kini mempunyai bahagian tentang cara menawarkan bahan bacaan kita setiap bulan. Bahagian ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi menawarkan bahan bacaan, bukan untuk meninjau isi kandungannya. Maka saudara yang mengendalikannya patut membuat pengenalan yang sangat ringkas bagi membangkitkan semangat hadirin. Kemudian, dia meminta penyiar mencadangkan topik-topik yang menarik, agar semua boleh mencatatkan cadangan yang ingin digunakan. Dia tidak meminta mereka mencadangkan seluruh penyampaian. Mereka hanya perlu mencadangkan soalan yang boleh dikemukakan dan ayat Bible yang boleh dibaca. Dia mengakhiri bahagian ini dengan dua demonstrasi: (1) Menawarkan bahan bacaan pada kunjungan pertama, dan (2) membuat kunjungan kembali dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Bacalah bahan bacaan yang akan ditawarkan terlebih dahulu dan bersedia memberikan cadangan anda. Jika semua membuat persiapan rapi, kita dapat belajar daripada satu sama lain.—Ams. 27:17.