Laman Web Rasmi Kita—Disediakan untuk Manfaat Kita dan Orang Lain
Yesus mengamanahkan kita untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan “ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya.” (Mat. 24:14) Bagi membantu kita ‘menjalankan kewajipan dengan sebaik-baiknya,’ watchtower.org, jw-media.org, dan jw.org telah digabungkan dalam laman Web jw.org yang mempunyai reka bentuk baru.—2 Tim. 4:5.
“Seluruh Dunia”: Hampir satu per tiga penduduk bumi menggunakan Internet. Internet ialah sumber maklumat utama, khasnya bagi kaum muda. Laman kita membantu pengguna Internet mencari jawapan Bible yang benar. Laman kita memperkenalkan organisasi Yehuwa dan memudahkan orang mendapatkan kursus pembelajaran Bible yang percuma. Berita baik juga dapat sampai ke kawasan yang mana penduduknya jarang mendengar mesej Kerajaan Tuhan.
“Semua Orang”: Kita mesti menyampaikan kebenaran Bible dalam pelbagai bahasa supaya “semua orang” dapat mendengarnya. Jika dibandingkan dengan laman Web lain, hanya jw.org mengandungi maklumat dalam hampir 400 bahasa untuk manfaat penggunanya.
Manfaatkan Laman Web Kita: Laman Web jw.org bukan sahaja disediakan untuk mereka yang bukan Saksi. Laman ini juga disediakan untuk Saksi-Saksi Yehuwa. Jika anda mempunyai Internet, cubalah membiasakan diri dengan jw.org. Berikut merupakan cadangan tentang cara menggunakannya. Beberapa ciri belum ada dalam bahasa Malaysia.
[Gambar pada muka surat 3]
(Sila lihat bahan bacaan untuk keterangan lengkap)
Cubalah
1 Taip www.pr2711.com ke dalam ruangan alamat di pelayar Internet komputer anda.
2 Tinjau laman ini: Klik tajuk bahagian, pilihan menu, dan pautan.
3 Cuba melayari jw.org dari alat mudah alih anda. Saiz paparan laman ini akan berubah mengikut skrin alat elektronik anda, tetapi maklumatnya sama.