Kelakuan Baik Kita Memberikan Kesaksian
yb12-E ms. 106, per. 1
Satu contoh ialah Even Gundersrud dari Sidang Skien yang dibaptis pada 1917. Pada mulanya, isteri Even mencuba menghalangnya daripada pergi ke perjumpaan dengan menyorok kasutnya. Namun, cara ini tidak berkesan. Dia tetap berkaki ayam ke perjumpaan! Isteri Even juga pernah menguncinya dalam bilik tidur, tetapi dia lompat keluar melalui tingkap. Semua yang isteri Even lakukan tidak dapat menghalangnya daripada menghadiri perjumpaan. Pada masa yang sama, Even tetap melayan isterinya dengan baik. Isterinya mula berasa malu kerana suaminya berkaki ayam ke bandar. Dia ingin tahu mengapa perjumpaan begitu penting untuk Even, jadi dia mula menemaninya. Akhirnya dia pun menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa.
yb12-E ms. 133, per. 2
Mengapakah ramai dari kampung kecil ini menjadi Saksi yang bersemangat? Walaupun kebanyakan penduduk kampung tidak pergi ke gereja, mereka percaya pada Tuhan dan Bible. Tambahan pula, orang tahu bahawa ramai Saksi ialah ketua keluarga yang baik, dan isteri mereka menyokong suami dengan setia. Salah seorang daripadanya ialah anak saudara Dag, iaitu Arnulf Jensen, yang dibaptis pada 1947. Setiap minggu, dia mencari nafkah dengan menghabiskan beberapa hari di laut untuk menangkap ikan. Tetapi dia tetap pulang setiap petang Jumaat, walaupun tangkapan bagus dan nelayan lain terus bekerja untuk mendapat lebih banyak wang. Pada hujung minggu, Arnulf memastikan dia dapat menghadiri perjumpaan dan menginjil bersama isteri dan lapan orang anak yang semuanya teguh dalam kebenaran. Pada hari Sabtu dan Ahad, saudara saudari menjalankan tugas “menjala orang.” Mereka sering menggunakan bot Arnulf untuk menginjil di kawasan terpencil.—Mrk. 1:16-18.
yb12-E ms. 146, per. 3
Pembinaan Dewan Perjumpaan menyediakan tempat ibadat yang menarik dan praktikal, serta memberikan kesaksian yang berkesan kepada masyarakat tempatan. Misalnya, tiga orang saudara berjumpa dengan pegawai perbandaran di Fredrikstad berkenaan pembinaan Dewan Perjumpaan pada 1987. Para pegawai tertawa apabila saudara kita berkata bahawa pembinaan ini akan siap dalam masa tiga hari. Pada hari pertama sahaja, para pegawai dapat lihat bahawa Dewan Perjumpaan akan siap seperti yang dijadualkan. Keesokan hari, salah seorang pegawai telah membawa sekumpulan pemuzik ke tapak pembinaan untuk memainkan lagu bagi sukarelawan sebagai tanda minta maaf. “Sungguh menakjubkan, Saksi-Saksi boleh membina dengan begitu cepat,” kata seorang wanita yang menyaksikan pembinaan Dewan Perjumpaan Arendal pada 1990, “tapi saya lebih kagum melihat senyuman ceria anda semua.”