Cadangan Penyampaian
Mulakan Pembelajaran Bible pada Sabtu Pertama Februari
“Ramai orang memiliki pandangan masing-masing tentang Tuhan. Ada yang berfikir bahawa Tuhan ialah kuasa yang penuh misteri. Yang lain pula kata Tuhan seperti Bapa yang pengasih. Bagaimana pula dengan anda?” Izinkan maklum balas. Tunjukkan muka surat terakhir daripada majalah umum Januari hingga Mac, dan bincang bersama maklumat pada soalan pertama dan sekurangnya satu ayat rujukan. Tawarkan majalah itu. Buatlah aturan untuk kembali dan membincangkan soalan yang berikut.
Majalah Umum—Januari hingga Mac
“Kami membuat kunjungan singkat untuk membincangkan tentang sesuatu yang mempengaruhi kita semua—kematian orang yang tersayang. Adakah anda setuju bahawa kita tidak akan sanggup menghadapi kematian kawan yang tersayang atau ahli keluarga kita? [Izinkan maklum balas.] Ramai orang mendapati bahawa ayat Bible ini dapat memberi kelegaan. [Baca Yesaya 25:8.] Majalah ini membincangkan janji Bible mengenai akhir bagi kematian dan pembangkitan orang yang kita sayang.”