Cadangan Penyampaian
Untuk Kempen Jemputan Peringatan
“Helo. Kami ingin menjemput anda sekeluarga untuk menghadiri ulang tahun kematian Yesus yang akan diadakan di serata dunia pada 26 Mac. Sebuah ceramah Bible akan menjelaskan bagaimana kematian Yesus membantu kita. Tiada bayaran dikenakan. Masa dan tempatnya tertera pada jemputan ini.”
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Mac dengan Brosur Berita Baik daripada Tuhan!
1. Rujuk pada kulit belakang brosur dan tanya penghuni rumah topik mana yang dia paling minat.
2. Biar penghuni rumah pilih salah satu daripada 14 topik yang ada.
3. Buka ke pelajaran yang sesuai dengan topik yang dipilih dan tanya penghuni rumah soalan mana yang dia suka.
4. Baca perenggan dan ayat Bible di bawah soalan itu.
5. Teruskan perbincangan jika masa mengizinkan. Jika tidak, minta mereka pilih satu lagi soalan untuk dijawab lain kali.
6. Selepas itu, buat temu janji untuk kembali.