Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada April
Kita akan menggunakan sisipan bertajuk “Simpan” daripada Kerja Teokratik Kita, Januari 2013 bagi bahagian “Cadangan Penyampaian.” Jangan lupa membawanya bersama semasa anda pergi perjumpaan atau menginjil. Sisipan itu akan digunakan setiap bulan semasa bahagian “Cara Menawarkan Bahan Bacaan pada . . . ” Selain itu, saudara yang mengendalikan perjumpaan sebelum kerja penyebaran akan menggunakan cadangan di dalam sisipan itu untuk mengadakan demonstrasi.
Jika suatu brosur atau penyampaian dalam sisipan itu didapati berkesan dalam kawasan penyebaran anda, kami menggalakkan anda untuk terus menggunakannya. Anda juga boleh merujuk kepada sisipan Kerja Teokratik Kita pada bulan ini tentang cara menggunakan brosur baru Berita Baik daripada Tuhan!