Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Bulan April dengan Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
“Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat dengar cakap Tuhan? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca 2 Timotius 3:16.] Menurut ayat ini, tulisan Alkitab berasal daripada mana?” Izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan gambar di muka surat 4. Baca Bilangan 23:19 dan jelaskan bahawa Tuhan boleh dipercayai. Tanya penghuni rumah, “Bagaimanakah Tuhan mendengar doa kita?” Buat aturan untuk kembali dan membincangkan muka surat 24.
Mengunjungi Seseorang yang Telah Menerima Brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
“Beberapa hari yang lalu, kita telah bincang cara mendengar cakap Tuhan dengan mempelajari Alkitab. [Tunjukkan muka surat 4.] Saya juga tanya bagaimana Tuhan mendengar kita.” Rujuk muka surat 24. Bincangkan gambar “Tuhan betul-betul mendengar doa kita.” Kemudian baca 1 Petrus 3:12. Jika masa mengizinkan, baca bahagian yang seterusnya di muka surat 24. Buatlah aturan untuk kembali dan menyambung perbincangan pada muka surat 24 atau muka surat 6.