Siapakah yang Berminat Membacanya?
1. Apabila kita membaca majalah umum atau majalah berita, apakah yang patut difikirkan? Mengapa?
1 Majalah umum dan majalah berita disediakan untuk pembaca di seluas bumi. Oleh itu, rencananya membincangkan pelbagai topik. Apabila kita membaca setiap rencana, kita patut memikirkan siapa yang mungkin berminat membacanya lalu menawarkannya kepada orang tersebut.
2. Nyatakan beberapa topik dalam majalah kita yang mungkin menarik minat orang lain.
2 Majalah umum yang terkini mungkin mengandungi topik Bible yang pernah anda bincangkan bersama rakan kerja. Mungkin salah satu rencana di dalamnya dapat membantu sanak saudara anda yang telah berkeluarga. Barangkali kawan anda bercadang untuk melancong ke sesebuah negara yang pernah disebutkan di dalam majalah berita.
3. Mengapakah majalah-majalah kita begitu bernilai? Bagaimanakah majalah-majalah ini membantu anda?
3 Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai mubaligh di Afrika berkata, “Majalah umum dan majalah pembelajaran membantu kami tetap berjaga-jaga secara rohani semasa berkhidmat di sini. Kami peroleh galakan dan kekuatan daripada setiap terbitan.” Adakah anda menghargai kedua-dua majalah ini seperti mereka? Adakah anda juga tidak sabar-sabar ingin membaca terbitan yang seterusnya? Banyak masa telah digunakan untuk menyediakan setiap rencana. Oleh itu, adakah anda sekadar membelek-belek majalah kita, melihat gambarnya, membaca satu atau dua rencana yang menarik minat anda? Orang yang bijaksana tidak akan berbuat demikian. Kita patut meluangkan masa yang secukupnya untuk membaca dan meneliti setiap rencana dalam setiap terbitan. Majalah pembelajaran ialah sumber utama makanan rohani yang dibekalkan tepat pada masanya. Majalah berita pula memuatkan rencana-rencana menarik tentang pelbagai topik. Dengan membaca majalah-majalah ini, kita bukan sahaja memperoleh kekuatan rohani malah juga dilengkapi untuk menginjil dengan lebih berkesan.
4. Mengapakah kita patut menawarkan majalah-majalah ini dalam pelbagai bahasa semasa menginjil?
4 Majalah kita memberitahu orang tentang erti sebenar di sebalik peristiwa semasa serta menghalakan perhatian orang kepada Bible dan Kerajaan Tuhan. Di seluruh dunia, hanya majalah kita yang “mengisytiharkan penyelamatan.” (Yes. 52:7) Maka, kita ingin membacanya dengan teliti dan bersedia untuk menawarkannya dalam pelbagai bahasa supaya sebanyak mungkin orang dapat mendengar mesej penyelamatan ini.