Mengapa Kita Perlu Terus ‘Memberitakan Perkhabaran Tuhan’
Kawasan penyebaran kita sentiasa berubah. Ada orang yang berpindah, atau keadaan hidup mereka mungkin berubah. Sebelum ini, mereka mungkin tidak menunjukkan minat semasa kita mengunjungi mereka. Tetapi, mereka mungkin mendengar mesej kita di kemudian hari jika keadaan mereka berubah seperti kehilangan kerja, menghidap penyakit serius, orang tersayang meninggal dan sebagainya. Ada pula yang mungkin mendapat tahu bahawa kawan atau ahli keluarga mereka telah menjadi Saksi-Saksi Yehuwa. Jadi kini mereka ingin berbincang dengan kita untuk mengetahui kepercayaan kita dan mengapa kawan atau ahli keluarga mereka menjadi Saksi. Walau bagaimanapun, kita tidak patut tawar hati apabila orang tidak mendengar. Barangkali mereka masih mengingati kita selepas kita beredar.—Kis. 4:28; Flp. 1:6.