Reka Bentuk yang Menarik bagi Risalah Baru!
1. Apakah bahan yang mempunyai reka bentuk baru yang menarik bagi aktiviti penyebaran?
1 Semasa Konvensyen Distrik 2013 “Firman Tuhan Selalu Benar!,” lima risalah baru telah dikeluarkan. Berita Kerajaan Tuhan No. 38, bertajuk “Bolehkah Orang Mati Hidup Semula?” juga ditambah dalam siri risalah ini. Kesemua risalah ini mempunyai reka bentuk baru yang menarik. Apakah tujuan reka bentuk baru ini? Bagaimanakah kita dapat gunakan ciri-ciri reka bentuk baru ini dengan sebaik-baiknya semasa menginjil dari rumah ke rumah?
2. Apakah tujuan reka bentuk baru risalah ini?
2 Tujuan Reka Bentuk Baru: Penyampaian dari rumah ke rumah yang berkesan sering kali merangkumi empat langkah: (1) Mulakan perbualan dengan soalan yang menggugah fikiran. (2) Tunjukkan satu ayat Bible. (3) Tawarkan bahan bacaan. (4) Tinggalkan satu soalan dan buat temu janji untuk menjawab soalan itu. Reka bentuk baru risalah ini membantu kita mengikut empat langkah tersebut dengan mudah.
3. Bagaimanakah kita boleh menawarkan salah satu risalah baru semasa aktiviti penyebaran?
3 Cara Menggunakan: (1) Selepas memberikan salam, tanya pendapat penghuni rumah tentang soalan aneka pilihan yang menarik di muka depan risalah itu. (2) Buka risalah dan bincangkan “Jawapan Bible.” Baca ayat itu daripada Bible, jika keadaan mengizinkan. Jika penghuni rumah tidak sibuk, bincangkan “Bible Membantu Anda.” (3) Tawarkan risalah dan galakkan dia baca apabila senang. (4) Sebelum beredar, tunjukkan soalan di muka belakang risalah “Cuba Fikirkan” dan buat temu janji untuk bincangkan jawapannya daripada Bible.
4. Bagaimanakah kita dapat menggunakan risalah baru pada kunjungan kembali?
4 Membuat kunjungan kembali juga mudah. Gunakan ayat Bible yang tercetak di muka belakang risalah untuk menjawab soalan yang ditinggalkan dahulu. Sebelum beredar, tunjuk gambar brosur Berita Baik pada risalah. Kemudian, keluarkan brosur dan tunjuk pelajaran yang mengandungi lebih banyak maklumat tentang topik yang baru dibincangkan, lalu tawarkan brosur itu. Jika dia terima, buat temu janji untuk bincang brosur itu pada kunjungan seterusnya. Anda telah memulakan pembelajaran Bible! Atau daripada menawarkan brosur, anda boleh tawarkan risalah lain dan buat temu janji untuk kunjungan seterusnya.
5. Mengapakah risalah penting dalam aktiviti penyebaran?
5 Risalah digunakan dalam aktiviti penyebaran lebih daripada 130 tahun dan masih merupakan alat penyebaran yang berkesan meskipun saiz dan reka bentuknya berbeza. Semoga kita memanfaatkan reka bentuk baru ini untuk terus menyebarkan pengetahuan Bible di serata dunia.—Ams. 15:7a.