PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Januari ms. 8
  • Cara Memulakan Perbualan dengan Menggunakan Risalah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Memulakan Perbualan dengan Menggunakan Risalah
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Reka Bentuk yang Menarik bagi Risalah Baru!
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Cara Menggunakan Cadangan Topik Perbualan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Gunakan Risalah untuk Menyebarkan Berita Baik
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Cadangan Topik Perbualan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Januari ms. 8
Seorang saudari menginjil secara tidak formal kepada seorang wanita di perhentian bas dengan menggunakan risalah ‘Adakah Kita akan Terus Menderita?’

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Memulakan Perbualan dengan Menggunakan Risalah

Sejak Januari 2018, muka depan Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian memaparkan cadangan topik perbualan. Kita digalakkan untuk memulakan perbualan dan bukan hanya menawarkan bahan bacaan. Video cadangan topik perbualan telah membantu para penyiar untuk mulakan perbualan dengan hanya menggunakan Bible. Tetapi, adakah ini bermaksud bahawa kita tidak patut menawarkan bahan bacaan semasa menginjil? Tidak! Contohnya, risalah ialah cara yang efektif untuk mulakan perbualan. Ikutlah langkah-langkah berikut semasa menggunakan mana-mana risalah:

  1. Tanya soalan aneka pilihan di muka depan risalah itu.

  2. Tunjukkan jawapan Bible yang terdapat dalam muka surat dua. Jika masa mengizinkan, baca dan bincangkan maklumat yang terdapat dalam risalah itu.

  3. Berikan risalah itu kepada penghuni rumah dan galakkannya untuk membaca maklumat lain dalam risalah itu.

  4. Sebelum beredar, tunjukkan bahagian “Cuba Fikirkan” dan buatlah janji temu untuk membincangkan jawapan Bible lain kali.

Ciri-ciri risalah ‘Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?’ yang ditandakan dengan nombor satu hingga empat.

Semasa membuat kunjungan kembali, bincangkan jawapan kepada soalan anda dan tinggalkan soalan lain untuk dibincangkan. Anda boleh memilih soalan daripada laman web kita atau daripada bahan bacaan yang terdapat pada muka belakang risalah itu. Pada masa yang sesuai, perkenalkan brosur Berita Baik daripada Tuhan! atau bahan pembelajaran Bible lain yang terdapat dalam Bahan Utama untuk Mengajar.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi