Bertindaklah dengan Segera
Sejak laman web kita dikemaskini dan dilancarkan, permohonan bagi pembelajaran Bible secara online meningkat dengan mendadak. Permohonan lain pula adalah melalui aturan baru kesaksian di tempat awam. Pejabat cawangan memproses permohonan ini dengan segera. Contohnya, jika permohonan dibuat menerusi jw.org, pejabat cawangan akan memaklumkan penatua yang berada di kawasan orang yang berminat itu selepas dua hari. Tetapi laporan menunjukkan bahawa orang yang memohon pembelajaran Bible tidak dihubungi selama beberapa minggu. Apakah caranya untuk memastikan agar bantuan diberikan sebelum minat orang itu pudar?—Mrk. 4:14, 15.
Jika orang yang berminat tinggal di luar kawasan penyebaran anda, isilah dengan segera borang Kunjungan Susulan (S-43) dan beri kepada setiausaha sidang semasa perjumpaan yang berikut. Dalam masa satu atau dua hari, setiausaha sidang patut memberikan maklumat itu kepada sidang yang sesuai atau kepada pejabat cawangan menerusi bahagian “Congregation” (Sidang) di jw.org. Penatua patut memeriksa laman web secara tetap. Jika dimaklumkan untuk menghubungi seseorang, mereka patut bertindak dengan segera. Penyiar yang diminta untuk mengunjungi orang yang berminat harus menjadikannya sebagai keutamaan. Jika orang itu tiada di rumah, anda boleh meninggalkan nota yang mengandungi cara untuk menghubungi anda.