PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/11 ms. 2
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bertindaklah dengan Segera
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Cara Menggunakan Borang Kunjungan Susulan (S-43)
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 11/11 ms. 2

Kotak Pertanyaan

◼ Siapakah yang harus mengisi kupon atau borang di Internet?

Bahan bacaan kita biasanya mengandungi kupon. Pembaca boleh mengisi dan menghantar kupon ini ke pejabat cawangan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk dikunjungi Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka juga boleh memohon pembelajaran Bible menerusi laman Web kita, www.watchtower.org. Kemudahan ini sedang membantu ramai orang untuk mempelajari kebenaran. Tetapi, masalah timbul apabila penyiar menggunakan kemudahan ini untuk mendapatkan bantuan rohani bagi saudara-mara mereka atau orang lain.

Sesetengah orang menerima bahan bacaan daripada pejabat cawangan meskipun mereka tidak memintanya. Mereka telah mengadu dan mengatakan bahawa organisasi kita sedang mengganggu mereka dan telah meletakkan nama mereka dalam senarai tertentu. Ada juga penyiar yang mengunjungi penghuni rumah yang tidak pernah mengisi kupon, dan mereka terpaksa menghadapi situasi yang tidak menyenangkan sewaktu penghuni rumah meluahkan kemarahannya. Maka, segala permohonan yang dibuat menerusi laman Web kita atau melalui kupon harus datang daripada mereka yang berminat dan bukannya daripada penyiar yang memohon bagi pihak orang lain. Jika pejabat cawangan mendapati bahawa seorang penyiar telah menghantar permintaan bagi pihak lain, biasanya permintaan sedemikian tidak akan dilayan.

Maka, bagaimanakah kita dapat memberikan bantuan rohani kepada saudara-mara atau orang lain? Anda boleh menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka. Jika dia berminat dan ingin dikunjungi oleh Saksi-Saksi tetapi anda tidak tahu cara untuk menghubungi penatua di sidang tempatan, anda haruslah mengisi borang Kunjungan Susulan (S-43). Serahkan borang itu kepada setiausaha sidang anda yang akan memeriksa lalu mengirimnya ke pejabat cawangan. Tetapi jika orang yang berminat itu berada dalam penjara, pusat pemulihan, atau hospital khas, anda tidak patut menghubungi pejabat cawangan bagi pihaknya. Sebaliknya, anda boleh menggalakkannya untuk menghubungi saudara yang dapat melawatnya. Dia juga boleh menyurati pejabat cawangan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi