PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/14 ms. 2
  • Apakah Pandangan Yehuwa terhadap Saya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Pandangan Yehuwa terhadap Saya?
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gunakan Bible seperti Cermin
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Cara Mengekalkan Semangat Rela Berkorban
    Menara Pengawal—2014
  • Kenapa Saya Terlalu Risau dengan Penampilan Saya?
    Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
  • Bagaimana Seharusnya Hidupku
    Nyanyilah kepada Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2014
km 7/14 ms. 2

Apakah Pandangan Yehuwa terhadap Saya?

1. Mengapakah Bible seperti cermin?

1 Seberapa kerapkah anda memandang cermin? Kebanyakan daripada kita memandang cermin setiap hari untuk memeriksa penampilan. Bible seperti cermin. Yehuwa melihat hati kita. Dengan membaca Bible, kita dapat memeriksa hati sendiri. (1 Sam. 16:7; Yak. 1:22-24) Firman Tuhan dapat “menghakimi fikiran dan niat hati.” (Ibr. 4:12) Dengan membaca dan merenungkan Bible setiap hari, bagaimanakah kita dibantu untuk memeriksa aspek yang perlu ditingkatkan agar menjadi penyebar yang lebih berkesan?—Mzm. 1:1-3.

2. Bagaimanakah Bible membantu kita untuk memeriksa diri?

2 Guna Bible sebagai Cermin: Catatan Bible mengajar kita tentang sifat-sifat hamba Yehuwa yang menyenangkan-Nya. Contohnya, Daud bersemangat mempertahankan nama Tuhan. (1 Sam. 17:45, 46) Yesaya rela dan berani menyebar di kawasan yang mencabar. (Yes. 6:8, 9) Kasih Yesus kepada Bapanya mendorong dia untuk memandang kerja penyebaran sebagai sumber galakan dan kepuasan, bukannya beban. (Yoh. 4:34) Orang Kristian abad pertama menyebar dengan bersemangat. Mereka bergantung kepada Yehuwa dan tidak putus asa. (Kis. 5:41, 42; 2 Kor. 4:1; 2 Tim. 4:17) Dengan merenungkan contoh mereka, kita dibantu untuk memeriksa diri agar dapat meningkatkan khidmat kita kepada Tuhan.

3. Mengapakah kita tidak patut berlambat-lambat dalam membuat perubahan?

3 Buat Perubahan: Orang yang memandang cermin dan tidak membuat perubahan tidak akan mendapat manfaat. Kita boleh memohon Yehuwa untuk membantu kita memeriksa hati dan membuat perubahan. (Mzm. 139:23, 24; Luk. 11:13) Jadi, kita tidak patut berlambat-lambat dalam membuat perubahan kerana masa tinggal sedikit dan nyawa orang terlibat.—1 Kor. 7:29; 1 Tim. 4:16.

4. Apakah hasilnya jika seseorang mengkaji Firman Tuhan lalu bertindak berdasarkan apa yang dipelajarinya?

4 Yehuwa melihat hati seseorang. Hati lebih penting daripada penampilan luar. (1 Ptr. 3:3, 4) Apakah hasilnya jika seseorang mengkaji Firman Tuhan lalu bertindak berdasarkan apa yang dipelajarinya? Dia ‘akan diberkati Tuhan dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.’ (Yak. 1:25) Dengan ‘memantulkan kemuliaan Yehuwa,’ kita akan bahagia dan menjadi penyebar yang mahir.—2 Kor. 3:18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi