Berkongsi “Perkara-Perkara Baik”—Menyambut Orang dengan Ramah (Mat. 12:35a)
Apabila kita menyambut orang dengan ramah, kita sedang berkongsi “perkara-perkara baik.” (Rm. 12:13) Para penatua menunjukkan teladan baik dalam hal ini. Bagaimana? Salah satu cara ialah mereka membuat aturan agar kos perjalanan penceramah undangan dibiayai. Bagaimana pula dengan kita? Ada yang berasa segan kerana mereka serba kekurangan atau berasa malu untuk menjemput orang ke rumah mereka. Kita dapat mengatasi perasaan ini dengan menerapkan nasihat yang diberikan Yesus kepada Marta. (Luk. 10:39-42) Kita tidak perlu menghidangkan makanan yang mahal atau memiliki rumah yang mewah untuk berkongsi “perkara-perkara baik.” Yang penting ialah pergaulan yang membina. Dengan menerapkan nasihat ini, kita dapat berkongsi “perkara-perkara baik” dengan rakan seiman kita.—3 Yoh. 5-8.