Jadual untuk Minggu Bermula 29 Disember
MINGGU BERMULA 29 DISEMBER
Lagu 116 dan Doa
Pembelajaran Bible Sidang:
jl pelajaran 3-4 (30 min.)
Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Yosua 12-15 (10 min.)
Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik (20 min.)
Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Tema Bulanan: Kongsikan “perkara-perkara baik” yang telah kita terima.—Mat. 12:35a.
20 min: Teruslah Mengajar “Perkara-Perkara Baik” kepada Pelajar Bible dan Anak-Anak Kita. (Mat. 12:35a) Perbincangan. Gunakan ayat di 1 Korintus 13:11 dan 1 Petrus 2:2, 3 untuk menunjukkan apa yang kita ingin anak-anak dan pelajar Bible kita lakukan. Jelaskan maksud ungkapan merasakan “susu rohani yang murni.” Tunjukkan cara kita dapat membantu pelajar Bible dan anak-anak kita untuk melakukan hal ini. Jelaskan prinsip di Markus 4:28. (Lihat Menara Pengawal, 15 Disember 2014, ms. 12, per. 6-8.) Temu ramah seorang penyiar berpengalaman, atau seorang ibu atau bapa untuk menjelaskan bagaimana mereka telah membantu pelajar Bible atau anak mereka untuk membuat kemajuan rohani.—Ef. 4:13-15; lihat Kotak Pertanyaan Kerja Teokratik Kita, Mei 2014.
10 min: “Berkongsi ‘Perkara-Perkara Baik’—Menyambut Orang dengan Ramah (Mat. 12:35a).” Perbincangan. Apakah pengalaman baik atau manfaat yang diraih semasa kita menyambut orang dengan ramah? Jemput hadirin untuk memberikan komen tentang cara kita dapat menyambut orang dengan ramah, terutamanya mereka yang menceburi khidmat sepenuh masa. Nyatakan aturan sidang untuk menyediakan makanan bagi setiap penceramah undangan.
Lagu 124 dan Doa