Gunakan Ciri-Ciri Buku Ajaran Bible dengan Berkesan
Seraya pelajar Bible menimba pengetahuan mengenai ajaran Bible dan menerapkannya, dia akan bertumbuh secara rohani dan menghasilkan buah yang baik. (Mzm. 1:1-3) Dengan menggunakan ciri-ciri buku Ajaran Bible, kita dapat membantunya membuat kemajuan.
Soalan Pengenalan: Pada permulaan bab, terdapat soalan-soalan yang akan dijawab dalam bab itu. Anda boleh sebutkan soalan-soalan itu untuk membangkitkan minat pelajar terhadap isi yang akan dibincangkan. Atau anda boleh meminta pendapatnya tentang soalan itu. Jika jawapannya kurang tepat, anda tidak perlu membetulkan pandangannya. Pendapatnya boleh membantu anda mengetahui isi yang perlu diberikan perhatian dan penekanan.—Ams. 16:23; 18:13.
Lampiran: Jika pelajar memahami dan menerima apa yang dipelajari, anda boleh menggalakkannya untuk mengkaji sendiri lampiran yang berkaitan. Semasa pembelajaran yang seterusnya, anda boleh membincangkan isi lampiran secara ringkas untuk memastikan dia memahaminya. Namun, jika anda berasa bahawa maklumat itu bermanfaat baginya, anda boleh membaca dan membincangkan seluruh atau sebahagian daripada lampiran itu bersamanya, dan menanya soalan yang telah anda sediakan.
Kotak Ulang Kaji: Kotak pada akhir bab mengandungi jawapan kepada soalan pada pengenalan bab. Anda boleh menggunakan ciri ini untuk memastikan pelajar anda memahami isi utama dan dapat menjelaskannya. Bacakan setiap pernyataan dalam kotak, termasuk ayat-ayat rujukan Bible. Kemudian, mintanya untuk menjelaskan mengapa pernyataan itu adalah benar berdasarkan ayat Bible yang telah dibaca.—Kis. 17:2, 3.