PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/15 ms. 1
  • Contohilah Para Nabi—Habakuk

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Contohilah Para Nabi—Habakuk
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Percayalah kepada Yehuwa dan Hidup Selama-lamanya!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Terus Giat dan Berjaga-jaga Secara Rohani
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Kerja Teokratik Kita—2015
km 12/15 ms. 1

Contohilah Para Nabi—Habakuk

1. Mengapakah kita mungkin dapat memahami perasaan nabi Habakuk?

1 Kejahatan yang semakin berleluasa mungkin menyebabkan kita berasa seperti Habakuk, yang bertanya, “Mengapa Engkau membiarkan aku mengalami kesusahan seperti ini? Bagaimana Engkau dapat tahan sabar dengan orang yang melakukan kejahatan?” (Hab. 1:3; 2 Tim. 3:1, 13) Dengan merenungkan mesej dan teladan Habakuk, kita dapat bertahan seraya menantikan hari penghakiman Yehuwa.—2 Ptr. 3:7.

2. Bagaimanakah kita boleh tetap beriman hari ini?

2 Tetap Beriman: Habakuk tidak membiarkan perasaan sedih menguasainya. Sebaliknya, dia tetap berjaga-jaga secara rohani. (Hab. 2:1) Yehuwa meyakinkan nabi ini bahawa firman-Nya akan menjadi kenyataan dan “orang yang melakukan apa yang benar akan hidup kerana dia beriman.” (Gal. 3:11; Hab. 2:2-4) Apakah kaitannya dengan orang Kristian yang hidup pada akhir sistem dunia ini? Bila akhir akan tiba tidak penting. Yang penting ialah kita yakin hari Yehuwa akan tiba. Iman mendorong kita untuk berjaga-jaga dan mengutamakan kerja penyebaran.—Ibr. 10:38, 39.

3. Mengapakah kita harus mengekalkan sukacita dalam khidmat kita kepada Yehuwa?

3 Bersukacita kerana Yehuwa: Semasa Gog dari Magog menyerang umat Yehuwa, iman kita akan diuji. (Yeh. 38:2, 10-12) Biarpun kita pasti menang, kita masih akan mengalami kesusahan. Kita mungkin kehilangan harta benda, kekurangan makanan, dan taraf hidup mungkin merosot. Apakah reaksi kita semasa menghadapi situasi sebegini? Habakuk tahu kesusahan akan berlaku, jadi dia bertekad untuk menyembah Yehuwa dengan sukacita. (Hab. 3:16-19) ‘Kesukaan yang diberi Yehuwa’ akan membantu kita bertahan.—Neh. 8:10; Ibr. 12:2.

4. Apakah sukacita yang kita miliki sekarang dan pada masa depan?

4 Semasa hari penghakiman, orang yang diselamatkan oleh Yehuwa akan diajar menurut kehendak-Nya. (Hab. 2:14) Orang yang dibangkitkan juga akan belajar tentang Yehuwa. Oleh itu, gunalah setiap kesempatan yang kita miliki sekarang untuk bercakap tentang Yehuwa dan perbuatan-Nya yang menakjubkan!—Mzm. 34:2; 71:17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi