HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | NAHUM 1–HABAKUK 3
Terus Giat dan Berjaga-jaga Secara Rohani
Kemusnahan Yehuda oleh Babilon nampaknya mustahil. Hal ini kerana Yehuda mendapat sokongan daripada Mesir. Mungkinkah Babilon dapat menandingi kuasa Mesir? Selain itu, orang Yahudi berfikir bahawa Yehuwa tidak akan membiarkan Yerusalem dan Rumah-Nya untuk dimusnahkan. Walaupun demikian, nubuat pembinasaan Yerusalem pasti berlaku. Maka, Habakuk perlu terus berjaga-jaga secara rohani dan menantikan kedatangan hari itu.
Apakah yang meyakinkan saya bahawa pembinasaan sistem ini semakin dekat?
Bagaimanakah saya dapat terus giat dan berjaga-jaga secara rohani?