PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 3 ms. 4-5
  • Pencipta Kita Mengasihi Kita dan Mengambil Berat tentang Kita

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pencipta Kita Mengasihi Kita dan Mengambil Berat tentang Kita
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1. PENCIPTA KITA MEMBUAT MATAHARI TERBIT
  • 2. PENCIPTA KITA MEMBUAT HUJAN TURUN
  • 3. PENCIPTA KITA MENYEDIAKAN MAKANAN DAN PAKAIAN
  • Utamakanlah Kerajaan Tuhan, Bukannya Kebendaan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Mengapa Penting untuk Mengetahui Jawapannya
    Sedarlah!—2021
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 3 ms. 4-5
Pemandangan matahari terbit di kawasan pergunungan.

Pencipta Kita Mengasihi Kita dan Mengambil Berat tentang Kita

1. PENCIPTA KITA MEMBUAT MATAHARI TERBIT

Tanpa matahari, hidupan tidak dapat wujud di bumi. Tenaga daripada matahari membolehkan pokok menghasilkan daun, bunga, buah, dan benih. Tenaga itu juga membantu pokok menyerap air melalui akar dan menyalurkannya ke daun. Haba daripada matahari akan membuat air di dalam daun tersejat lalu dibebaskan sebagai wap ke udara.

Pemandangan ladang teh yang subur di cerun bukit.

2. PENCIPTA KITA MEMBUAT HUJAN TURUN

Hujan merupakan kurniaan Tuhan yang membolehkan bumi menghasilkan makanan. Tuhan memberi kita hujan dan hasil tanaman yang banyak pada musimnya. Dia juga memberikan makanan yang berlimpah-limpah untuk memuaskan kita dan memenuhi hati kita dengan sukacita.

Seekor burung yang hinggap di atas ranting memagut buah beri yang sedang jatuh.

3. PENCIPTA KITA MENYEDIAKAN MAKANAN DAN PAKAIAN

Ramai bapa berasa risau kerana ingin menyediakan makanan dan pakaian yang mencukupi untuk keluarga mereka. Firman Tuhan menyatakan, “Perhatikanlah burung di langit yang tidak menyemai benih, menuai, atau mengumpulkan hasil ke dalam jelapang. Namun Bapa kamu yang di syurga masih memberi burung makanan. Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung-burung?”​—Matius 6:25, 26.

“Perhatikanlah dengan cermat bagaimana bunga-bunga tumbuh di padang. . . . Aku berkata kepada kamu bahawa Raja Salomo dengan segala kemuliaannya pun tidak berpakaian seindah salah satu daripada bunga-bunga itu. . . . Jika tumbuh-tumbuhan di padang . . . pun diberi pakaian yang indah oleh Tuhan, apatah lagi dengan kamu! Sudah pasti Dia akan memberi kamu pakaian yang diperlukan.”​—Matius 6:28-30.

Jika Tuhan dapat menyediakan pakaian dan makanan untuk kita, Dia pasti dapat membantu kita memenuhi keperluan hidup yang lain. Sekiranya kita berusaha melakukan kehendak Tuhan, Dia dapat memberkati usaha kita untuk bercucuk tanam atau mencari pekerjaan supaya kita mampu membeli barang keperluan hidup.​—Matius 6:32, 33.

Setelah memikirkan matahari, hujan, burung, dan bunga, tidakkah kita terdorong untuk mengasihi Tuhan? Rencana berikutnya akan membincangkan bagaimana Pencipta kita menyampaikan fikiran-Nya kepada manusia.

Pencipta kita “membuat matahari terbit . . . dan membuat hujan turun.”​—MATIUS 5:45.

Pencipta kita amat mengasihi kita dan mengambil berat terhadap kita. Seperti seorang bapa yang penyayang, Dia menjaga keluarga-Nya. Ayat-Ayat Suci menyatakan bahawa Tuhan sangat murah hati dan ‘tahu apa yang kita perlukan bahkan sebelum kita meminta daripada-Nya.’​—Matius 6:8.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi