KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati—Bersukacita atas Perkara yang Benar
MENGAPA PENTING: Seperti Yesus, kita memberikan kesaksian tentang kebenaran dan tujuan Tuhan. (Yoh 18:37) Kita harus bersukacita atas apa yang benar, bercakap benar, dan terus memikirkan perkara yang benar walaupun dunia ini penuh dengan kejahatan dan tipu daya.—1Ko 13:6; Flp 4:8.
CARANYA:
Bertekadlah agar tidak mendengar atau menyebarkan gosip yang negatif.—1Te 4:11
Janganlah bersukacita atas kesusahan orang lain
Bersukacitalah atas hal yang positif dan menggalakkan
SILA LIHAT VIDEO HENDAKLAH “KAMU SALING MENGASIHI”—TIDAK BERSUKACITA ATAS PERKARA YANG SALAH, TETAPI ATAS PERKARA YANG BENAR. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah yang menunjukkan bahawa Debbie “bersukacita atas perkara yang salah”?
Semasa berbual dengan Debbie, bagaimanakah Alice cuba bertumpu kepada hal yang positif?
Apakah topik membina yang dapat kita bualkan?
Bersukacitalah atas perkara yang benar, bukannya atas perkara yang salah