KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
“Kasih . . . Tidak Bersukacita atas Perkara yang Salah”
Orang Kristian sejati berusaha untuk dibimbing oleh kasih dalam segala perbuatan mereka. Kasih “tidak bersukacita atas perkara yang salah.” (1Ko 13:4, 6) Oleh itu, kita menghindari hiburan yang mempunyai unsur-unsur seperti perbuatan yang tidak bermoral dan keganasan. Kita juga tidak bersukacita apabila perkara buruk berlaku kepada orang lain, termasuk orang yang menyakiti kita.—Ams 17:5.
SILA LIHAT VIDEO INGATLAH BAHAWA KASIH—TIDAK BERSUKACITA ATAS PERKARA YANG SALAH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah reaksi Daud apabila dia mendapat berita bahawa Saul dan Yonatan sudah meninggal?
Apakah lagu yang digubah oleh Daud untuk meratapi kematian Saul dan Yonatan?
Mengapakah Daud tidak bersukacita atas kematian Saul?