HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KISAH 21-22
“Biarlah Kehendak Yehuwa Terjadi”
Melalui bimbingan kuasa suci, Paulus sedar bahawa dia harus pergi ke Yerusalem. Namun, musibah bakal menimpa Paulus. (Kis 20:22, 23) Semasa beberapa rakan Kristian yang berniat baik mencuba merayunya untuk tidak pergi, Paulus berkata, “Mengapakah kamu semua menangis dan mencuba melemahkan azamku?” (Kis 21:13) Kita tidak mahu melemahkan tekad saudara saudari yang ingin berkhidmat kepada Yehuwa dengan sepenuh jiwa dan raga.