HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 9-11
“Penduduk di Seluruh Bumi Hanya Mempunyai Satu Bahasa”
Di Babel, Yehuwa mencerai-beraikan orang yang tidak taat dengan mengelirukan bahasa mereka. Hari ini, Dia mengumpulkan orang daripada pelbagai kaum dan bahasa. Dia memberi mereka “bahasa yang murni,” supaya mereka dapat ‘menyeru nama Yehuwa, dan berganding bahu untuk berkhidmat kepada-Nya.’ (Zef 3:9; Why 7:9) “Bahasa yang murni” ini ialah kebenaran tentang Yehuwa dan kehendak-Nya seperti yang dicatatkan dalam Bible.
Semasa belajar bahasa baharu, kita bukan sekadar menghafal kata-kata tetapi kita perlu mengubah cara berfikir. Begitu juga, apabila kita mempelajari kebenaran, minda kita juga akan diubah. (Rm 12:2) Dengan terus mencurahkan usaha, umat Yehuwa akan menikmati perpaduan.—1Ko 1:10.