KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Pujilah Yehuwa dengan Berkhidmat sebagai Perintis
Orang Israel tergerak untuk memuji Yehuwa. Dia telah membebaskan mereka dari Mesir dan menyelamatkan mereka daripada angkatan tentera Firaun. (Kel 15:1, 2) Yehuwa terus menunjukkan kebaikan kepada umat-Nya dewasa ini. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesyukuran kepada-Nya?—Mz 116:12.
Salah satu cara adalah dengan menjadi perintis sokongan atau perintis biasa. Anda boleh berdoa supaya Yehuwa memberi anda keinginan dan kekuatan untuk merintis. (Flp 2:13) Sebagai permulaan, anda boleh berkhidmat sebagai perintis sokongan. Anda boleh memilih untuk merintis sebanyak 30 atau 50 jam pada bulan Mac dan April serta semasa bulan kunjungan penyelia litar. Setelah anda merasai sukacita berkhidmat sebagai perintis sokongan, anda mungkin akan tergerak untuk menyertai khidmat perintis biasa. Bahkan orang yang bekerja sepenuh masa atau mempunyai masalah kesihatan pun dapat menjadi perintis biasa. (mwb16.07 8) Ya, marilah kita berusaha untuk memuji Yehuwa!—1Ta 16:25.
SILA LIHAT VIDEO TIGA ORANG ADIK-BERADIK DI MONGOLIA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah cabaran yang diatasi oleh tiga orang adik-beradik ini untuk menjadi perintis?
Apakah berkat yang diraih oleh mereka?
Setelah menjadi perintis biasa, apakah khidmat lain yang dapat dinikmati oleh mereka?
Bagaimanakah teladan mereka mempengaruhi orang lain?