PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb21 September ms. 3-16
  • Gunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!” dalam Kerja Penyebaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!” dalam Kerja Penyebaran
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!”
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Bantu Pelajar Bible Anda untuk Dibaptis
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bantulah Pelajar Bible Anda Maju sehingga Dibaptis—Bahagian Satu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!
    Kerja Teokratik Kita—2013
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
mwb21 September ms. 3-16
Sepasang suami isteri menggunakan brosur “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!” semasa bercakap dengan seorang lelaki di perhentian bas.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dalam Kerja Penyebaran

Kita bergembira kerana mempunyai brosur dan buku baharu untuk membuat pembelajaran Bible dengan orang! Kita berdoa agar Yehuwa memberkati usaha kita untuk menjadikan lebih banyak orang murid Yesus. (Mt 28:18-20; 1Ko 3:6-9) Bagaimanakah kita dapat menggunakan alat-alat baharu ini?

Memandangkan Nikmati Hidup Selama-Lamanya! ialah kursus perbincangan Bible yang baharu, ikutilah garis panduan berikut seraya anda membuat persediaan dan mengadakan pembelajaran Bible.a

  • Baca bahan yang disediakan, dan bincangkan soalan-soalan

  • Baca ayat Bible yang ditandakan “baca” dan bantu pelajar untuk memahami cara menerapkan ayat itu

  • Main dan bincangkan video-video dengan menggunakan soalan yang telah disediakan

  • Cuba habiskan setiap pelajaran dalam satu sesi

Semasa menginjil, tawarkan brosur terlebih dahulu untuk menentukan sama ada seseorang berminat atau tidak. (Lihat kotak “Cara Menawarkan Brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! pada Kunjungan Pertama.”) Jika anda sudah habis membincangkan brosur ini bersama pelajar anda dan dia masih berminat, anda boleh meneruskan pembelajaran dengan menggunakan pelajaran 04 dalam buku. Jika pelajar anda sedang menggunakan buku Diajarkan Bible atau buku Bernaunglah, anda boleh tukar kepada buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dan meneruskan pembelajaran Bible di pelajaran yang sesuai.

Pasangan yang sama menggunakan buku “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!” semasa mereka mengadakan pembelajaran Bible dengan lelaki itu di rumahnya.

SILA LIHAT VIDEO NIKMATILAH PEMBELAJARAN BIBLE ANDA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang akan dipelajari oleh pelajar daripada buku baharu ini?

  • Mengapakah anda patut menunjukkan video ini kepada pelajar yang baharu?

  • Apakah matlamat yang boleh ditetapkan dan dicapai oleh pelajar secara berperingkat? —Lihat carta “Isi Utama dan Matlamat Setiap Bahagian”

a PERHATIAN: Meskipun bahagian “Jom Belajar” tidak wajib dibincangkan semasa pembelajaran Bible, anda boleh meluangkan masa untuk membaca dan menonton bahan yang disebutkan di situ supaya anda tahu bahan mana yang sesuai dan dapat membantu pelajar anda. Versi elektronik mengandungi pautan kepada video dan bahan-bahan tambahan.

ISI UTAMA DAN MATLAMAT SETIAP BAHAGIAN

 

PELAJARAN

ISI UTAMA

MATLAMAT PELAJAR

1

01-12

Belajarlah bagaimana Bible dapat bantu anda dan bagaimana anda dapat kenal Pengarangnya

Galakkan pelajar untuk membaca Bible, membuat persiapan untuk pembelajaran Biblenya, dan mula menghadiri perjumpaan

2

13-33

Belajarlah apa yang Tuhan telah lakukan bagi kita dan cara yang betul untuk menyembah-Nya

Galakkan pelajar untuk beritahu orang lain tentang kebenaran dan untuk menjadi penyiar

3

34-47

Belajarlah apa yang Tuhan inginkan daripada penyembah-Nya

Galakkan pelajar untuk membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis

4

48-60

Belajarlah cara untuk tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan

Ajar pelajar untuk bezakan apa yang betul daripada apa yang salah dan membuat kemajuan rohani

CARA MENAWARKAN BROSUR NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA! PADA KUNJUNGAN PERTAMA

Seperti risalah kita, muka belakang brosur ini mempunyai satu soalan yang menarik. Cubalah cara berikut:

  • Tanya soalan aneka pilihan itu

  • Baca Mazmur 37:29 dalam bahagian “Jawapan Bible”

  • Bincang isi-isi dalam bahagian “Bible Membantu Anda.” Jika ada masa, baca ayat-ayat Bible dan bincangkan gambar di muka surat itu

  • Tanya soalan “Dapatkah Kita Mempercayai Bible?” dan bincangkan pelajaran 01

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi