PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/13 ms. 4-7
  • Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengajar dengan Menggunakan Brosur Berita Baik
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Brosur Baru untuk Ditawarkan!
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Adakah Anda Menggunakan Brosur-brosur Ini?
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Cara Menggunakan Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
    Kerja Teokratik Kita—2013
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 3/13 ms. 4-7

Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!

Brosur Baru yang Direka untuk Membantu Kita Membuat Kunjungan Kembali dan Memulakan Pembelajaran Bible

1. Apakah brosur baru yang dikeluarkan semasa Konvensyen Distrik “Jagalah Hatimu!” yang dapat membantu kita membuat kunjungan kembali dan memulakan pembelajaran Bible?

1 Kita gembira untuk menerima brosur baru yang bertajuk Berita Baik daripada Tuhan! semasa Konvensyen Distrik “Jagalah Hatimu!” Brosur ini dapat membantu kita membuat kunjungan kembali dan memulakan pembelajaran Bible. Brosur ini juga akan menggantikan brosur Dikehendaki. Seperti brosur Dikehendaki, pelajarannya yang ringkas memudahkan kita untuk memulakan pembelajaran Bible di depan pintu. Brosur Dikehendaki membincangkan syarat-syarat untuk menjadi orang Kristian yang mungkin sukar diterima oleh pelajar Bible yang baru. Tetapi brosur baru ini bertumpu pada berita baik Bible.—Kis. 15:35.

2. Mengapakah brosur Berita Baik diterbitkan?

2 Mengapakah brosur ini diterbitkan? Saudara saudari di serata dunia menyatakan hasrat untuk menerima bahan bacaan yang ringkas, dapat menarik minat orang kepada kebenaran, dan boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran sebelum beralih ke buku Ajaran Bible. Mereka yang kurang gemar membaca buku biasanya lebih sudi belajar Bible dengan menggunakan brosur. Selain itu, brosur lebih mudah untuk diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

3. Apakah perbezaan brosur ini dengan bahan pembelajaran yang lain?

3 Reka Bentuknya: Banyak bahan bacaan kita ditulis agar seseorang dapat membaca dan memahami kebenaran tanpa bantuan. Tetapi brosur ini berbeza. Brosur ini direka agar seseorang dapat mempelajari Bible bersama seorang pengajar. Maka, semasa anda menawarkannya, adalah baik untuk membincangkan satu atau dua perenggan. Perenggannya pendek dan boleh dibincangkan di depan pintu atau di tempat perniagaan. Anda boleh bermula dari pelajaran 1 atau mana-mana bahagian brosur ini.

4. Bagaimanakah brosur ini membantu kita mengajar daripada Bible?

4 Dalam banyak bahan bacaan kita, jawapan kepada soalan terdapat di dalam perenggan. Tetapi kebanyakan jawapan di dalam brosur ini dijumpai di dalam Bible. Orang ingin belajar daripada Bible, bukannya bahan bacaan kita. Maka, brosur ini tidak mengandungi banyak petikan ayat Bible. Mereka harus membuka Bible sendiri dan membacanya. Dengan ini, mereka sedar bahawa apa yang dipelajari berasal daripada Tuhan.—Yes. 54:13.

5. Mengapakah kita patut membuat persiapan rapi bagi setiap sesi pembelajaran?

5 Brosur ini tidak menerangkan semua ayat Bible. Mengapa? Brosur ini direka untuk menggalakkan pelajar Bible bertanya dan membolehkan kita mengasah kemahiran mengajar. Maka, kita patut membuat persiapan yang rapi bagi setiap sesi pembelajaran. Janganlah banyak bercakap. Kita suka menjelaskan ayat Bible. Tetapi adalah lebih baik jika kita menjemput pelajar Bible menyuarakan pandangannya tentang ayat Bible yang dibaca. Jika kita mahir mengajukan soalan, kita dapat membantunya membuat kesimpulan yang betul.—Kis. 17:2.

6. Apakah cara menggunakan brosur ini semasa: (a) penghuni rumah kurang percaya tentang Tuhan dan Bible? (b) menginijl dari rumah ke rumah? (c) memulakan pembelajaran Bible menerusi pendekatan langsung? (d) membuat kunjungan kembali?

6 Seperti bahan pembelajaran yang lain, kita boleh menawarkan brosur ini bila-bila masa, tidak kira apa yang ditawarkan pada bulan itu. Ramai tentu suka menggunakan brosur ini semasa memulakan pembelajaran Bible di depan pintu menerusi pendekatan langsung. Tambahan lagi, seperti yang dinyatakan semasa konvensyen distrik, “Brosur ini betul-betul dapat membantu kita membuat kunjungan kembali!”—Lihat kotak pada muka surat 5-7.

7. Bagaimanakah anda dapat menggunakan brosur ini untuk mengadakan pembelajaran Bible?

7 Cara Mengadakan Pembelajaran Bible: Kita boleh memulakan perbincangan dengan membaca soalan yang berhuruf tebal. Kemudian baca perenggan dan ayat-ayat Bible yang berhuruf condong. Ajukan soalan yang sesuai untuk membantu penghuni rumah memahami erti ayat Bible. Selepas itu, minta dia menjawab soalan yang berhuruf tebal dan pastikan bahawa dia faham sebelum beralih ke bahagian seterusnya. Pada beberapa kunjungan pertama, adalah baik untuk membincangkan satu soalan sahaja. Secara beransur-ansur, anda boleh memanjangkan masa perbincangan dan meliputi seluruh pelajaran.

8. Bagaimanakah kita patut memperkenalkan ayat Bible? Mengapa?

8 Ayat-ayat rujukan Bible yang ditandakan “baca” ialah jawapan kepada soalan berhuruf tebal. Semasa memperkenalkan ayat Bible, jangan berkata “Rasul Paulus menulis” atau, “Perhatikan nubuat Yeremia.” Penghuni rumah mungkin berfikir bahawa kita sedang membaca kata-kata manusia biasa. Jadi ungkapan seperti, “Firman Tuhan berkata” atau, “Perhatikan nubuat Bible” adalah lebih baik.

9. Perlukah kita membaca semua ayat Bible yang tertera semasa pembelajaran Bible?

9 Perlukah kita membaca semua ayat Bible atau hanya ayat Bible yang ditandakan “baca”? Semuanya bergantung pada keadaan. Setiap ayat rujukan Bible yang tertera mempunyai maklumat yang bernilai. Tetapi setelah mengambil kira faktor masa, minat, dan kemahiran membaca pelajar Bible, kita mungkin memutuskan untuk membaca ayat Bible yang ditandakan “baca” sahaja.

10. Bilakah kita boleh beralih ke buku Ajaran Bible?

10 Masa untuk Beralih ke Buku Ajaran Bible: Selepas pembelajaran Bible diadakan secara tetap, kita boleh beralih ke buku Ajaran Bible atau terus membincangkan brosur Berita Baik sampai habis. Dalam hal ini, penyiar patut menggunakan daya pertimbangan yang wajar. Jika kita beralih ke buku Ajaran Bible, perlukah kita bermula dari bab 1? Tidak semestinya. Setiap pelajar Bible berbeza. Tetapi kebanyakan pelajar akan meraih manfaat jika mereka mengulangi topik-topik yang sama dengan lebih terperinci dalam buku Ajaran Bible.

11. Mengapakah kita patut menggunakan brosur baru ini dengan sebaik-baiknya?

11 Dunia ini sarat dengan berita buruk, tetapi kita mempunyai penghormatan besar untuk menyebarkan berita yang terbaik—Kerajaan Tuhan sedang memerintah dan tidak lama lagi dunia baru yang adil benar akan tiba! (Mat. 24:14; 2 Ptr. 3:13) Kita yakin bahawa ramai yang mendengar mesej ini akan melaungkan, ‘Betapa baiknya melihat kedatangan utusan, dia datang melintasi pergunungan, dan membawa berita baik, berita kedamaian! Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion, “Tuhanmu memerintah!”’ (Yes. 52:7, ABB) Semoga kita menggunakan brosur baru ini untuk menyebarkan berita baik daripada Tuhan kepada orang yang ingin mendengar!

[Kotak pada muka surat 5]

Penghuni Rumah yang Kurang Percaya pada Tuhan dan Bible:

● Di sesetengah tempat, perkataan “Tuhan” dan “Bible” ialah penghalang perbualan. Oleh itu, pada kunjungan pertama, cubalah berbincang tentang topik-topik yang menarik minat orang tempatan, seperti mengapa kita perlukan kerajaan yang baik, cara mendapat bantuan praktikal untuk keluarga, dan masa depan manusia. Selepas beberapa kunjungan untuk membincangkan mengapa kita boleh yakin bahawa Tuhan wujud dan mengapa Bible boleh dipercayai, kita boleh menawarkan brosur Berita Baik.

[Kotak pada muka surat 6]

Semasa Menginjil dari Rumah ke Rumah:

● “Saya ingin berkongsi dengan anda cara mengetahui tujuan Tuhan bagi manusia. Adakah anda rasa Tuhan akan melenyapkan semua penderitaan? [Izinkan maklum balas.] Brosur ini menunjukkan jawapan daripada Bible. [Berikan brosur kepadanya. Baca perenggan pertama dalam pelajaran 1 dan Mazmur 37:37.] Lepas baca ayat ini, dapatkah anda simpulkan bahawa Tuhan menjanjikan masa depan yang lebih baik? [Izinkan maklum balas.] Brosur ini untuk anda. Lain kali, kita boleh bincang perenggan kedua untuk ketahui jawapan Bible tentang ‘Bagaimanakah Tuhan akan melenyapkan semua penderitaan?’” Jika penghuni rumah ada masa, anda boleh baca dan bincangkan perenggan kedua serta ketiga-tiga ayat Bible yang tertera. Buat aturan untuk kembali bagi membincangkan soalan kedua pelajaran itu.

● “Ramai orang suka berdoa, terutamanya bila mereka ada masalah. Bagaimana pula dengan anda? [Izinkan maklum balas.] Adakah Tuhan dengar semua doa? [Izinkan maklum balas.] Brosur ini memberi kita jawapan daripada Bible. [Berikan brosur kepadanya, dan bincangkan bersama perenggan pertama pelajaran 12 serta ayat Bible yang ditandakan “baca.”] Bukankah bagus, Tuhan mendengarkan doa kita? Tapi, agar doa kita lebih bermakna, kita perlu mengenali Tuhan. [Buka ke pelajaran 2, dan tunjukkan tajuk-tajuk kecilnya.] Brosur ini untuk anda. Lain kali, kita boleh bincangkan jawapan Bible kepada soalan-soalan menarik ini.”

● “Orang risau tentang masa depan dunia ini. Pada pendapat anda, adakah dunia ini akan bertambah baik? [Izinkan maklum balas.] Ramai orang gembira untuk mengetahui bahawa Bible mengandungi berita baik yang memberi kita harapan. Bible menjawab beberapa soalan berikut.” Berikan brosur kepadanya. Tunjukkan muka belakang brosur dan mintanya memilih satu soalan yang paling diminatinya. Kemudian tunjukkan pelajaran yang sesuai, dan demonstrasikan sesi pembelajaran Bible. Buat aturan untuk kembali bagi membincangkan soalan seterusnya dalam pelajaran itu.

[Kotak pada muka surat 7]

Gunakan Pendekatan Langsung:

● “Saya ingin tawarkan kursus pembelajaran Bible. Brosur ini mengandungi 15 pelajaran yang menunjukkan jawapan Bible kepada soalan-soalan penting. [Tunjukkan muka depan dan belakang brosur.] Pernahkah anda cuba memahami Bible? [Izinkan maklum balas.] Brosur ini memang mudah difahami. [Buka ke pelajaran 3. Bincangkan perenggan pertama di bawah soalan 3. Baca Wahyu 21:4, 5. Jika boleh, bincangkan perenggan seterusnya dan baca ayat Bible yang ditandakan “baca.”] Brosur ini untuk anda. Anda boleh cuba kursus ini dulu. Jika anda berminat untuk meneruskannya, kami akan datang lagi. Lain kali, kita boleh bincangkan pelajaran pertama yang panjangnya satu muka surat saja.”

[Kotak pada muka surat 7]

Tawarkannya semasa Kunjungan Kembali:

● “Gembira dapat jumpa lagi. Saya bawa brosur ini untuk anda. Brosur ini mengandungi jawapan Bible kepada pelbagai soalan yang menarik. [Berikan brosur kepadanya, dan tunjukkan muka belakang.] Topik manakah yang paling anda suka? [Izinkan maklum balas. Kemudian buka ke pelajaran yang dipilihnya.] Mari saya tunjukkan cara kita dapat mengetahui jawapan Bible dengan menggunakan brosur ini.” Demonstrasikan pembelajaran Bible dengan membincangkan satu atau dua perenggan dan membaca ayat Bible yang ditandakan “baca.” Memang mudah untuk memulakan pembelajaran Bible! Berikan brosur kepada penghuni rumah, dan buatlah aturan untuk kembali. Apabila anda selesai membincangkan pelajaran itu, teruskan dengan topik lain yang dipilihnya atau pelajaran pertama.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi