JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Berdoalah untuk Meminta Bantuan Yehuwa
Yehuwalah yang menyebabkan benih kebenaran bercambah dan bertumbuh dalam hati seseorang. (1Ko 3:6-9) Maka untuk berjaya dalam kerja penyebaran, kita mesti bergantung pada Yehuwa untuk membantu kita dan pelajar Bible kita.
Mintalah Yehuwa untuk membantu pelajar anda menghadapi tekanan dan mengatasi cabaran. (Flp 1:9, 10) Berdoalah secara spesifik. Berdoalah agar kuasa suci Tuhan dapat membimbing fikiran dan tindakan anda. (Lu 11:13) Ajarlah pelajar Bible anda cara untuk berdoa dan galakkan mereka untuk berbuat demikian. Berdoalah bagi pelajar anda dan berdoalah bersamanya dan sebut namanya semasa berdoa.
SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS—TERIMA BANTUAN YEHUWA—DOA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Neeta semasa dia mengajar Jade?
Bagaimanakah 1 Korintus 3:6 membantu Neeta?
Bagaimanakah cabaran itu diatasi?