JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Menanyakan Soalan
Yehuwa ialah “Tuhan yang gembira” dan Dia ingin kita menikmati aktiviti penyebaran. (1Ti 1:11) Kita akan memperoleh lebih banyak sukacita dengan meningkatkan kemahiran kita. Dengan menanyakan soalan, kita dapat memulakan perbualan dan membangkitkan minat orang. Soalan-soalan membantu orang untuk berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. (Mt 22:41-45) Jika kita menanya soalan dan mendengar jawapan orang, kita menunjukkan bahawa kita mementingkan pendapat mereka. (Yak 1:19) Tambahan lagi, berdasarkan jawapan mereka, kita akan tahu cara untuk meneruskan perbualan.
SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS—TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA—MENANYAKAN SOALAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah sifat-sifat baik Jade?
Bagaimanakah Neeta menggunakan soalan untuk menunjukkan bahawa dia prihatin terhadap pendengarnya?
Bagaimanakah Neeta menggunakan soalan untuk membangkitkan minat Jade terhadap berita baik?
Bagaimanakah Neeta menggunakan soalan untuk membantu Jade berfikir dan membuat kesimpulan sendiri?