JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Bantu Pelajar Bible Anda untuk Memupuk Hubungan yang Rapat dengan Yehuwa
Yehuwa ingin kita menyembah-Nya kerana kita mengasihi-Nya. (Mt 22:37, 38) Kasih kepada Tuhan akan membantu pelajar anda untuk membuat perubahan dan tetap setia semasa menghadapi cabaran. (1Yo 5:3) Kasih kepada Tuhan akan mendorong mereka untuk dibaptis.
Bantu pelajar anda untuk melihat bagaimana Tuhan telah menunjukkan kasih kepada mereka. Tanyalah soalan seperti: “Apakah yang dapat anda pelajari tentang Yehuwa daripada hal ini?” atau “Bagaimanakah hal ini menguatkan keyakinan anda bahawa Tuhan mengasihi anda?” Bantu mereka melihat bagaimana Yehuwa sedang menolong mereka. (2Ta 16:9) Ceritakan pengalaman anda tentang cara Yehuwa menjawab doa anda yang spesifik, dan galakkan mereka untuk merenungkan bagaimana Yehuwa menjawab doa mereka. Kita akan menikmati sukacita yang besar apabila melihat pelajar Bible merasai kasih Yehuwa dan ingin membalas kasih-Nya dengan menjadi sahabat-Nya.
SILA LIHAT VIDEO BANTU PELAJAR BIBLE ANDA UNTUK MEMUPUK HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN YEHUWA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah cabaran yang dihadapi Jade?
Bagaimanakah Neeta membantu Jade?
Bagaimanakah Jade berjaya mengatasi cabarannya?