PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 3 ms. 12-14
  • Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • BIMBINGAN DARIPADA SUMBER YANG TERBAIK
  • Apa yang Bible Kata?
    Sedarlah!—2017
  • Betul atau Salah? Bible​—Bimbingan yang Dapat Dipercayai
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
  • Apakah Pandangan Anda terhadap Bible?
    Apakah Pandangan Anda terhadap Bible?
  • “Orang yang Rendah Hati Akan Memiliki Bumi”
    Menara Pengawal (Umum)—2018
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 3 ms. 12-14
Seorang lelaki sedang membaca Bible.

Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?

Seperti yang dibincangkan dalam rencana sebelumnya, ramai orang bergantung pada nasib, pendidikan, kekayaan, dan menjadi orang yang baik, untuk memiliki masa depan yang baik. Namun, jika anda bergantung pada hal-hal ini, anda seperti menggunakan peta yang salah untuk pergi ke destinasi anda. Adakah ini bermaksud kita tidak mempunyai bimbingan yang dapat dipercayai untuk memiliki masa depan yang baik? Tidak!

BIMBINGAN DARIPADA SUMBER YANG TERBAIK

Semasa membuat keputusan, kita biasanya meminta nasihat daripada seseorang yang lebih tua dan bijak daripada kita. Dalam hal yang sama, kita dapat mencari bimbingan yang dapat dipercayai untuk masa depan kita daripada Individu yang jauh lebih tua dan bijak daripada kita. Kita dapat membaca nasihat daripada Individu itu dalam sebuah buku, iaitu Bible, yang ditulis kira-kira 3,500 tahun yang lalu.

Mengapakah anda dapat mempercayai Bible? Hal ini kerana Pengarangnya ialah Individu yang paling tua dan bijak di seluruh alam semesta. Dia digambarkan sebagai “Dia Yang Lanjut Usia” yang “kekal selama-lamanya.” (Daniel 7:9; Mazmur 90:2) Dia ialah “Pencipta langit dan Tuhan yang benar. Dia membentuk dan menjadikan bumi.” (Yesaya 45:18) Dia memberitahu kita nama-Nya ialah Yehuwa.​—Mazmur 83:18.

Bible tidak mengatakan bahawa suatu bangsa atau budaya lebih baik daripada yang lain. Hal ini kerana Bible berasal daripada Pencipta semua manusia. Nasihat daripada Bible tidak pernah ketinggalan zaman dan bermanfaat untuk semua orang di seluruh bumi. Bible juga terdapat dalam pelbagai bahasa dan diedarkan dengan lebih meluas berbanding buku-buku yang lain.a Jadi, ramai orang dapat membaca dan memahami Bible dengan mudah, serta mendapat manfaat daripada bimbingannya. Hal ini selaras dengan apa yang dikatakan dalam Bible:

“Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”​—KISAH 10:34, 35.

Sebagaimana ibu bapa yang pengasih membimbing anak-anak mereka, Tuhan Yehuwa, Bapa yang pengasih, juga membantu kita menerusi Firman-Nya, iaitu Bible. (2 Timotius 3:16) Anda dapat mempercayai kata-kata-Nya kerana Dia menciptakan kita dan tahu apa yang membuat kita gembira.

BIMBINGAN YANG DAPAT DIPERCAYAI

Kolaj: 1. Seorang lelaki yang menaiki kereta api sedang melihat telefonnya. 2. Lelaki itu membaca Bible di telefonnya.

Mengapakah kita dapat mempercayai apa yang dikatakan Bible tentang masa depan? Kerana peristiwa di dunia dan kelakuan manusia yang diramalkan dalam Bible sekitar 2,000 tahun yang lalu sedang berlaku sekarang.

PERISTIWA

“Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku. Selain itu, kebuluran dan wabak akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.”​—LUKAS 21:10, 11.

KELAKUAN

“Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, bercakap besar, bersikap angkuh, dan menghina Tuhan. Mereka tidak mematuhi ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak setia, tidak memiliki kasih sayang, tidak mahu dibawa berbincang, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan. Mereka juga suka berkhianat, keras kepala, sombong, dan mencintai kesenangan tetapi tidak mencintai Tuhan.”​—2 TIMOTIUS 3:1-4.

Bagaimana mungkin Bible dapat meramalkan hal-hal ini dengan begitu tepat? Anda mungkin setuju dengan kata-kata Leung, dari Hong Kong. Dia berkata, “Nubuat-nubuat Bible sudah lama ditulis. Memang mustahil manusia dapat meramalkan hal-hal ini dengan tepat. Bible sememangnya diilhami oleh seseorang yang jauh lebih bijak daripada kita.”

Bible mengandungi ratusan nubuat yang telah menjadi kenyataan.b Semua ini membuktikan bahawa Bible sememangnya Firman Tuhan. Yehuwa berkata, “Akulah Tuhan, dan tiada sesiapa pun yang sama seperti Aku. Sejak permulaan, Aku telah bernubuat tentang hal yang akan berlaku.” (Yesaya 46:9, 10) Maka, anda dapat mempercayai apa yang dikatakan Bible tentang masa depan.

BIMBINGAN YANG MEMBAWA MANFAAT SEKARANG DAN UNTUK SELAMA-LAMANYA

Ibu bapa berjalan-jalan bersama dua anak mereka di taman dengan gembira sambil berpegangan tangan.

Apabila anda mengikut bimbingan dalam Ayat-Ayat Suci, anda akan meraih banyak manfaat. Perhatikan contoh-contoh berikut.

PANDANGAN YANG SEIMBANG TERHADAP WANG DAN KERJA

“Segenggam rehat lebih baik daripada dua genggam kerja keras dan usaha mengejar angin.”​—PENGKHUTBAH 4:6.

KEHIDUPAN KELUARGA

“Setiap suami dalam kalangan kamu mesti mengasihi isterinya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri, dan isteri pula harus menghormati suaminya dengan mendalam.”​—EFESUS 5:33.

HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN

“Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu; janganlah menjadi panas hati dan janganlah berbuat jahat.”​—MAZMUR 37:8.

Dengan mengikut nasihat Bible, anda akan meraih manfaat sekarang dan menikmati masa depan yang cerah. Menurut Bible, Tuhan berjanji bahawa pada masa itu, kita akan . . .

HIDUP AMAN DAN DAMAI

“Mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”​—MAZMUR 37:11.

MEMILIKI TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN YANG CUKUP

“Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya.”​—YESAYA 65:21.

BEBAS DARIPADA PENYAKIT DAN KEMATIAN

“Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—WAHYU 21:4.

Apakah yang perlu anda lakukan untuk menikmati masa depan sebegini? Bacalah rencana seterusnya.

a Untuk maklumat lanjut mengenai terjemahan dan pengedaran Bible, sila layari www.pr2711.com/ms dan lihat AJARAN BIBLE > SEJARAH & BIBLE.

b Untuk maklumat lanjut, sila lihat pelajaran 03 dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, poin 5 dan 6. Buku ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dan boleh didapati di www.pr2711.com/ms. Lihat PERPUSTAKAAN > BUKU & BROSUR.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi